Seorang lelaki ditahan pihak polis selepas disyaki melakukan rompakan bersenjata di sebuah kediaman di Indianapolis.
Artikel Berkaitan: Perompak Bakar Sekolah Untuk Tutup Jenayah Rompak RM61
Ajak mangsa keluar ‘dating’
Foto: New York Post
Memetik laporan New York Post, ketika kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Amber Beraun sedang menyemak suratnya di hadapan rumah sebelum didakwa ditahan suspek dengan pistol.
Suspek yang dikenali sebagai Damien Boyce kemudiannya merompak wang tunai bernilai AS$100 (RM468) daripadanya.
Beraun kemudiannya memaklumkan bahawa Boyce meminta untuknya mencari namanya di laman Facebook dan menambahnya sebagai kenalan.
Boyce kemudiannya melarikan diri dengan menggunakan basikal sambil memaklumkan bahawa dia akan menggantikan wang Beraun.
Terima hantaran mesej
Foto: New York Post
Tidak lama selepas itu, Beruan memaklumkan dia menerima hantaran mesej Facebook daripada Boyce yang menyatakan keinginan untuk bertemu dengannya.
Lihat saya akan membayar kembali wang anda, ia adalah cara untuk bertemu tetapi anda terlalu cantik untuk dirompak.
Boyce kemudiannya ditahan pihak polis kerana melakukan rompakan bersenjata serta didakwa memiliki pistol sebagai penjenayah.
Difahamkan, Boyce juga pernah ditahan seminggu sebelum itu selepas dituduh merompak dengan cara menembak dua individu serta memukul seorang lagi dengan batu sehingga mengakibatkan kecederaan.
Sumber: New York Post