Pasangan pelakon, Aeril Zafril dan Wawa Zainal memang diketahui antara selebriti yang paling sporting dan sweet pada hari ini. Adegan usik-mengusik dan luahan kata-kata romantik yang sering dilakukan Aeril terhadap isterinya sentiasa mendapat perhatian netizen lebih-lebih lagi pengikut setia mereka di Instagram.
Terbaru, Aeril memuat naik video berserta caption yang menyentuh hati di Instagram khas buat Wawa yang sedang sarat mengandungkan anak ketiga sehingga mendapat perhatian netizen.
Terima kasih untuk segalanya
https://www.instagram.com/p/B4wf_wigyO2/?utm_source=ig_web_copy_link
Dalam posting tersebut, Aeril meluahkan penghargaan terhadap isterinya yang telah bersama-sama berpenat-lelah membantu untuk memajukan perniagaan mereka meskipun dalam keadaan yang sedang sarat hamil.
Apa yang lebih mengharukan, Aeril juga berkata bahawa tiada sesiapa yang dapat menggantikan Wawa, selain turut memohon doa daripada peminat agar dipermudahkan urusan isterinya untuk melahirkan anak ketiga mereka nanti.
Netizen terharu
Luahan yang dibuat Aeril itu sekali lagi telah membuatkan rata-rata pengikutnya terharu. Malah, mereka juga turut menyifatkan ia sebagai sangat sweet, selain turut mendoakan agar urusan Wawa untuk melahirkan bayi nanti dipermudahkan.
Sumber: Instagram Aeril Zafril