Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari mengakui pengalaman menjaga anak tatkala bercuti di luar negara tanpa pengasuh merupakan pengalaman mencabar. Namun begitu, Awal berkata hubungan dia dengan anak-anak lebih dekat sewaktu mereka pergi bercuti.
Artikel Berkaitan: Henti Beri Publisiti, Kak Long Tak Layak Muncul Di Stesen Televisyen – Awal Ashaari
Artikel Berkaitan: Lara Alana Jatuh Atas Jalan, Dua Tulang Tangan Patah
Kongsi pengalaman bercuti
Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari memuat naik satu hantaran di Instagram yang memperlihatkan dirinya bersama kedua cahaya matanya ketika berada di luar negara. Jelas awal, berada jauh tanpa pengasuh telah banyak mengajarnya tentang erti kesabaran selain mendekatkannya dengan anak-anak.
Baru tau ‘peel’ anak anak kita, macam mana nak jaga ‘mood’ mereka, nak pastikan semua terjaga dan yang penting sekali, untuk letakkan mereka sebagai keutamaan berbanding keperluan sendiri.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 41 tahun ini menyatakan sebenarnya banyak tempat yang ingin diterokainya dan juga restoran yang ingin dikunjungi, namun tidak dapat dilakukannya kali ini akibat keadaan yang tidak menginzinkan.
Tetapi kami tak merungut, malah saya berasa lebih dekat dengan mereka seperti belum pernah sebegitu sebelum ini.
Perkara penting
Di samping itu, awal juga menjelaskan perkara penting yang dipelajarinya adalah memastikan bekalan susu anak-anak mencukupi, air panas, jaket, sarung tangan dan topi untuk memastikan kedua puterinya itu nyaman.
Yang penting bekalan susu cukup, air panas ada, cucut dengan blankie tite ada, gloves, jaket dan topi ada untuk bagi mereka kekal panas. Lampin and tisu bayi jangan lupa. Sentiasa simpan 5 dalam bag, sebab sejuk lampin cepat basah.
Sekadar info, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan 2 orang cahaja mata, Lara Alana, 8, dan Lila Amina, 1.
Sumber: Awal Ashaari