Sebelum ini, keadaan anak kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lara Alana menjadi persoalan kerana tampil dengan imej tangan kiri berbalut.
Artikel Berkaitan: Kena ‘Outstation’ Selama 45 Hari, Scha Alyahya Berat Hati Nak Tinggal Anak – ‘Awal Sangat Memahami Sehingga Saya Menangis’
Tulang patah
Menerusi Instagram Lara, Awal, 40, menjawab dengan mendedahkan Lara terjatuh di kawasan rumah mereka dan insiden itu menyebabkan tulang tangan kirinya patah.
Cerita lebih lanjut, anak sulung berusia tujuh tahun itu terpaksa dibawa ke pusat perubatan selepas lengannya mula membengkak.
Okay lah since ramai yang tanya, cerita dia macam ni. Biasalah sudah lama tak jumpa kawan, teruja. Tiba-tiba ketika berlari, Lara tersungkur dan jatuh atas jalan sehingga seluar koyak serta lutut berdarah.
Daddy pujuk masuk mandi dan bersihkan luka. Mula-mula tak perasan, tiba-tiba Lara mengadu tangannya sakit dan lengan dia juga mula membengkak.
Bawa pergi ke (bahagian) kecemasan dan terus buat ujian X-Ray (imbasan). Doktor maklumkan dua tulang patah.
Kena masuk dewan pembedahan
Pemilik nama Ahmad Awaluddin Ashaari juga memaklumkan Lara terpaksa menjalani pembedahan kecemasan pada malam yang sama.
Pembedahan kecemasan telah dilakukan pada malam yang sama. Alhamdullillah, pembedahan berjalan lancar dalam masa 30 minit sahaja.
Dalam pada itu, suami kepada Scha ini memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan Lara.
Difahamkan ketika kejadian, Scha sedang menjalani penggambaran filem Telaga Suriram di Perlis.
Terdahulu, Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 2012. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Lara Alana dan Lila Amina.
Sumber: Instagram @laraalanaa