Stesen TV Al Hijrah menerima kecaman hebat selepas menjemput Wan Nor Baizura Bharudin (Kak Long) sebagai tetamu untuk program Trending.
Bukan sahaja netizen yang bersuara malah selebriti juga tidak bersetuju dengan tindakan stesen televisyen itu.
Artikel Berkaitan: Tampil Mohon Maaf Dengan Pekerja Kedai Serbaneka, ‘Kak Long’ Minta Netizen Henti Sebar Video – ‘Maruah Saya Dah Tercalar’
Artikel berkaitan: Panggil ‘Kak Long’ Sebagai Tetamu Program, Netizen Kecam PU Amin & Stesen TV
Artikel Berkaitan: Viral Isu Panggil ‘Kak Long’ Sebagai Tetamu Program, TV AL Hijrah Ambil Keputusan Tangguh Siaran Episod Tersebut
Dahaga populariti
Pengacara dan pelakon Awal Ashaari tampil menyuarakan pendapatnya di Instagram Stories. Menurut Awal, 40, tindakan ‘Kak Long’ mengamuk di kedai serbaneka baru-baru ini sekadar untuk meraih populariti.
Kata pemilik nama Ahmad Awaluddin Ashaari, secara tak langsung jemputan dari stesen telvisyen itu telah membuka jalan untuk ‘Kak Long’ kekal dikenali.
Setiap detik masa siaran yang anda berikan kepada orang seperti ini adalah publisiti untuk mereka. Mereka dahagakan populariti.
Jerit jerit, keji, kutuk, mengamuk macam orang gila. Merendahkan orang dalam media sosial alih-alih dapat jemputan masuk televisyen.
Tak layak di kaca televisyen
Dalam pada itu, suami kepada aktres Scha Alyahya ini tidak dapat membayangkan selepas ini apa jenis video viral yang akan muncul demi untuk dijemput ke program televisyen.
Katanya lagi, individu seperti ‘Kak Long’ tidak harus diangkat kerana tempatnya hanya di aplikasi TikTok.
Bayangkan ‘sick video’ bagaimana yang akan muncul selepas ini semata-mata untuk dijemput ke rancangan TV, lepas tu jadi instafamous.
Berhenti buat orang seperti ini terkenal. Mereka tidak layak bercerita di nasional televisyen. TikTok adalah tempat di mana dia patut berada.
Terdahulu, Stesen TV Alhijrah menangguhkan tayangan episod membabitkan ‘Kak Long’ dalam program Trending yang sepatutnya ditayangkan Rabu depan.
Sumber: Instagram @awalashaari