berita

Awal Ashaari Teruja Siapkan Bilik Tidur Anak Pertama

July 23rd, 2014 | by Ai
Lensa Insta

schawal

Saat menanti detik kelahiran bayi adalah saat yang paling istimewa sekali bagi setiap pasangan yang berkahwin, betul tak? Lagi-lagi kalau anak yang ditunggu merupakan bayi pertama. Hmmm lagi la havoc persiapannya.

kalau korang nak tahu, dalam debaran menantikan kelahiran anak sulung, pasangan pelakon dan pengacara popular, Scha Alyahya dan Awal Ashaari begitu teruja menghias kamar anak mereka nanti.

Rasanya semua pun dah tahu bahawa Awal merupakan orang yang paling teruja untuk menyambut kelahiran baby Schawal ini, hinggakan Awal sendiri sanggup memasang katil buat anaknya.

Screen Shot 2014-07-22 at 10.01.42 PM

Melalui sekeping foto yang dimuat naik Awal melalui laman Instagramnya, dapat kami tafsirkan bahawa pasangan ini hanya tunggu masa sahaja untuk menimang anak pertama.

Kami lihat, kamar tersebut sangat comel dan bertemakan warna putih. Sesuai sekali dengan bayi yang baru lahir! Pandai Awal pilih warna.

Screen Shot 2014-07-22 at 10.00.41 PM

Rasa-rasa korang, bila baby Schawal lahir nanti, siapa yang paling sibuk menjaga anak? Awal ke Scha? Hehe. Apapun, kami doakan agar Scha selamat melahirkan bayi sulungnya tak lama lagi.

Tak silap kami, pasangan ini bakal menimang cahaya mata perempuan. Wah, kami pun excited sama nak tengok kombinasi wajah Scha dan Awal!

Mesti comel kan? Apapun, jom ikut OHBULAN! intai sikit aktiviti pasangan ini menjelang kelahiran anak mereka. Layan~

 

Kredit Foto: Instagram Awal Ashaari

SKIP THIS AD ×