Pengikut Awal Ashaari di Instagram sudah tentunya mengetahui bekas hos Melodi itu kini berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Banyak destinasi menarik dilawatinya sambil berkongsi dengan pengikutnya di Instagram.
Namun, satu pos video yang menunjukkan Awal sedang solat di sebuah masjid di sana menerima komen kurang enak dari netizen yang mengkritik tindakannya itu.
Rakam solat di masjid
https://www.instagram.com/p/Bql9hhGAHH_/
Dalam video timelapse itu, Awal dilihat merakam sendiri fotonya bersolat di Masjid Sheikh Zayed. Awal turut menyertakan kapsyen mengatakan kamera tidak dibenarkan di dalam masjid itu namun dia menggunakan telefon pintar untuk merakam.
Bapa kepada si comel Lara Alana ini turut meletakkan hashtag #nervousbuatsalahsampaisolatpakaishades.
Apa yang menarik perhatian adalah tindakan Awal yang bukan sahaja berkaca mata ketika solat, malahan bahagian dahinya turut dibaluti serban. Antara syarat sah solat adalah, ketika sujud, bahagian dahi wajib tidak berlapik atau ditutupi apa-apa.
Bila dah suam, buat benda orang kecam
Komen ditinggalkan netizen meluahkan tindakan Awal itu sengaja dilakukan untuk mengundang kecaman daripada netizen.
Tutup warna rambut putih la tu
Kaler tambut pun dah tak sah ambil wuduk
Buka dahi tu rukun solat
Netizen dengan nama Haziq Mazri mengatakan membuka dahi ketika sujud itu merupakan rukun atau jika tidak berbuat demikian akan membatalkan solat. Tindakan itu bukan haram tapi boleh membuatkan solat tidak sah.
Sujud pun dah tak betul
Sumber: Awal Ashaari