berita

‘Awat Tak Ambil. Anak Demam Senang Boleh Pi Private’

July 1st, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Tidak dinafikan, perlindungan peribadi dan keluarga sangat penting untuk digunakan semasa kecemasan. Medical card memberi perlindungan seumur hidup termasuk manfaat rawatan di hospital swasta bila-bila masa sahaja. Selain medical card, penapis air juga sangat penting untuk memastikan air yang diminum bersih.

Namun, tidak semua orang berkemampuan untuk membayar komitmen ini setiap bulan. Janganlah pula mencemuh ibu bapa kononnya mereka tidak mementingkan kesihatan anak. Baca luahan wanita ini.

Simple tapi makan dalam

Sekadar gambar hiasan

Medical card, air bertapis, kereta baru, rumah sendiri dan lain-lain

Pada yang tak mmpu nak bayar bulanan untuk benda2 kat atas tu, ampa jangan down. Sis paham bila ada dikalangan org terdekat yang persoalkan benda tu awat ampa tak ada semua tu

Ayat paling selalu sis dengaq pasai medical card la. Penah terkena batang idung sis. “Awat tak ambil. Ambil yang bulanan paling murah pun takpa janji ada. Anak demam senang bole p private. Tak payah tunggu hosp gomen. Lambat. Pastu banyak kore”. Simple tapi makan dalam. Sebab apa sis kata lagu tu? Ampa taktau kewangan dia macamna. Ampa taktau dia struggle macamana nk teruskan hidup dia tapi ampa persoalkan benda macamtu yang dia rasa kalau dia ambil akan menyusahkan hidup dia sedangkan untuk ampa benda ni baguih

Sama macam kes beli rumah. Ayat paling biasa dengaq “awat tak beli rumah, dari menyewa bayar bulan2, atleast nanti jadi rumah ag sendiri dah”. Kalau la dia mmpu sediakan deposit beli rumah. Kalau la bank bole bagi loan dekat dia tanpa tengok gaji dia. Sis jamin, semua orang takkan menyewa lagi dah

Tolong jaga setiap perkataan

Sekadar gambar hiasan

Pada ampa semua. Tolong jaga setiap perkataan yg keluar dr mulut ampa semua sebab kadang2 benda tu bole mengguris perasaan org2 ini. Tu yang jadi punca dpa jauhkan diri atau erti kata lain depa akan lari bila ampa nak jumpa or jadi silent reader dalam wasap grup.

Ampa mungkin taktau. Walaupun dia tak mmpu ada medical card tapi dalam setiap doa selepas solat dia akan mintak Allah kurniakan kesihatan yang baik pada keluarga dia. Sebab tu anak dia tk sakit dan tak perlu masuk hospital 5 star. Walaupun dia tak mmpu minum air bertapis tapi anak dia masih bole minum air yang bersih. Walaupun dia tak mmpu naik kereta baru tapi dia masih bole p merata dengan kereta sedia ada. Walaupun dia menyewa dia tapi dia masih tak basah bila hujan turun. Hanya Allah sebaik2 perancang. Siapa kita yang nak persoal semua tu? Hanya hambanya yang sentiasa menagih pertolongan dari yang Esa.

Daripada ampa ckp benda yang mengguris hati dia baik ampa tolong dia. P melawat selalu, tanya khabar, bantu dari segi wang atau tenaga sekiranya nampak depa ada masalah. Sebab kadang2 kita tak perasan. Depa sorokkan kesusahan depa sebab depa masih nak menjaga air muka bila berdepan dengan org jenis ni.

Sumber : Ct Syeera

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×