Dengan berlabuhnya tirai minggu ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-33 (SFMM33) semalam, maka bermulalah kehangatan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33 yang bakal berlangsung pada tahun hadapan. Menyaksikan penyanyi hebat seperti, Jaclyn Victor, Misha Omar dan Dayang Nurfaizah sudah pasti membuatkan AJL kali ini sebuah saingan yang sengit.
Namun di sebalik kejayaan para penyanyi yang melayakkan diri ke AJL, penyanyi Rock, Aweera meluahkan rasa tidak puas hati beliau apabila tiada sebuah band yang melayakkan diri ke pusingan akhir pertandingan berprestij tersebut.
AJL, anugerah solo ke?
Menerusi Instagram Story miliknya, beliau meluahkan rasa tidak puas hati terhadap program tersebut kerana tiada kumpulan band yang berjaya memasuki Anugerah Juara Lagu 33.
Bukan nak provok
Luahnya lagi AJL merupakan pertandingan lagu, justeru wakil bagi band seharusnya ada. Beliau berbuat demikian bukan mahu membuat provokasi, tetapi sekadar menyuarakan rasa keadilan terhadap penggiat seni suara.
Senarai 12 lagu yang layak ke AJL33
Tiga minggu bersaing, kini 12 lagu yang layak ke pentas berprestij AJL33, sudah terjawab dan ini merupakan senarai lagu tersebut.
- Kau Pun Sam nyanyian Syamel
- Haram nyanyian Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
- Bunga nyanyian Ara Johari
- Hajat nyanyian Hael Husaini
- Nisan Cinta nyanyian Siti Nordiana & Jaclyn Victor
- Sampai Bila nyanyian Misha Omar
- Tak Pernah Hilang nyanyian Amylea x Kaer
- Semakin nyanyian Siti Sarah
- Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi
- Jatuh Bangun nyanyian Haqiem Rusli & Aman RA
- Luluh nyanyian Khai Bahar
- Bunga nyanyian Altimet