berita

Aweera Mojo Band Mengaku Diisytihar Muflis

August 6th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

aweera_besar_kepala

Beberapa hari lepas timbul desas-desus mengatakan penyanyi kumpulan Mojo Band diisytihar muflis lantaran nama penuhnya, Nasharul Aweera Bin Norhisham terpampang di dalam suratkhabar berkenaan notis bankrap.

Menjawab isu itu, Aweera telah pun mengesahkan kepada Utusan Online bahawa nama yang tertera dalam notis isytihar muflis seperti disiarkan akhbar memang berkaitan dengannya.

Status muflis itu memang berkait dengan diri saya. Ini kisah hutang lama, sudah lama sangat. bagaimanapun saya tidak boleh beri komen panjang kerana masih dalam usaha untuk mengatasi masalah ini.

121808m9fw8mfehmfo9de8

Keratan akhbar yang tertera nama Aweera

Di dalam laporan yang sama juga menyatakan Aweera diisytihar muflis sejak 11 Julai 2013 dan penyanyi itu akan menghadiri mesyuarat bersama Jabatan Insolvensi pada 23 Ogos 2013 bagi membincangkan perkara berkenaan.

Menurut Aweera pula, dia enggan berbicara mengenai kes itu sehinggalah keseluruhan prosesnya selesai. Walaupun dilanda dugaan, Aweera dikhabarkan masih sempat pulang ke kampung halaman di Perlis bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba nanti.

SKIP THIS AD ×