berita

Awek Cun Ini Sanggup Hidup Semati Bersama Pemandu Tuk-Tuk

August 23rd, 2018 | by Amat
Kini Trending

Bak kata orang tua, jodoh pertemuan tidak dilihat dari pangkat, kecantikan atau kerjaya seseorang. Mencintai insan yang kita sayang adalah sebuah anugerah untuk menerima dia seadanya.

Kisah pertemuan antara gadis model dan jejaka pemandu tuk-tuk ini mendapat perhatian media di Thailand. Bukan harta atau kerjaya dipandang malah, cinta menjadi pertaruhan dalam membina mahligai kebahagiaan hidup bersama.

Apa yang awak makan, saya makan

Model popular Thailand, Jubjang Nutchanart Chaichan meluahkan rasa cinta buat teman lelakinya yang sudah lima tahun berkenalan di Facebook. Memang tidak dapat dinafikan kecantikan model ini yang sanggup memilih Wutthichai Saeng-ngern, pemandu tuk-tuk di Thailand.

Walaupun, pendapatan pemandu tuk-tuk itu tidak lebih 500 Bath (RM 61) sebulan namun dia tidak kekok untuk terus mendampingi kekasihnya itu.

Kenapa saya pilih dia? Kami berbeza tetapi kami saling menyayangi. Apa yang awak makan, saya makan. Saya tahu awak sudah berusaha, awak tidak pernah merungut walaupun penat bekerja. Saya bahagia dan bangga.

Jangan pandang rendah pada mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang besar. Bahagia bukan pada harta. Saya tidak pernah rasa malu mendampinginya. Dia buat kerja yang halal dan jujur.

 Cinta tanpa syarat masih wujud

Jubjang Nutchanart memuatnaik status di laman Facebook miliknya meluahkan rasa cinta terhadap pemandu tuk-tuk itu. Meskipun, jejaka itu sangat bimbang untuk menjalani kehidupan bersama selepas kahwin namun, model popular ini sanggup bekorban kesenangan untuk hidup bersama insan tersayang. Tambahnya lagi, dia turut memahami masa dan kerjaya kekasihnya itu. Kisah ini mungkin boleh memberi harapan bahawa cinta tanpa syarat itu masih wujud.

Sumber: Jubjang Nutchanart, Astro

SKIP THIS AD ×