Semua peminat sedia maklum pasangan selebriti terkenal, Awi Rafael dan Hanez Suraya sebelum ini sedang hangat bercinta dan hubungan mereka telah diketahui umum sejak bulan Mei tahun lalu.
Akan tetapi, menerusi laporan Berita Harian semalam, pasangan ini tiba-tiba dikatakan telah putus cinta dan ianya telah diakui sendiri oleh pelakon wanita terbabit.
Saya enggan terburu-buru kerana selama ini peminat begitu senang melihat hubungan kami berdua. Namun saya terpaksa terima hakikat bahawa hubungan kami tidak dapat diselamatkan lagi selepas beberapa kali mencuba.
Memikirkan perjalanan kariernya yang masih panjang, jalan terbaik adalah menarik diri dari terus menjadi beban dalam hidup Awi.
Artikel Berkaitan :
- Hanez Suraya Sudah Bersedia Untuk Berkahwin
- Video : Awi Rafael & Hanez Suraya Muncul Dalam “Asalkan Aku Ok”
Hanez Suraya & Awi Rafael sewaktu hangat bercinta
Namun begitu, menerusi laman mikro Twitter milik Awi Rafael, penyanyi tersebut telah memuat naik status yang mengatakan bahawa sebagai menghormati Hanez, dia tidak mahu komen lebih lanjut mengenai kisah putus cinta mereka, malah akan meluahkan segalanya menerusi karya ciptaanya sahaja.
Untuk makluman, sebelum ini Hanez Suraya pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia sememangnya sudah bersedia untuk memasuki alam perkahwinan, akan tetapi tidak mahu bersikap tergesa-gesa kerana ingin memberi masa untuk Awi Rafael menstabilkan dirinya terlebih dahulu.