berita

Awie Dedah ‘Influencer’ Minta Harga Tinggi Melambung, Puji Erra Fazira Profesional Ganti Watak Kecil

July 3rd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Penerbit filem Sue-On, Datuk Awie mendedahkan pada awalnya dia tidak berhasrat untuk memanggil pelakon jelita, Erra Fazira untuk membintangi filem tersebut.

Artikel Berkaitan: ‘Belum Apa-Apa Dah ‘Condemn’ Atas Pentas’ – Ropie Kongsi Pengalaman Kerjasama Dengan Pelawak Baharu

Artikel Berkaitan: Ikut Selera Penonton, Awie Terbitkan Filem Seram Komedi Lagi Berjudul ‘Sue-On’

Influencer mahal

Ketika ditemui OhBulan!, Awie berkata watak yang dimainkan Erra pada asalnya ditawarkan kepada seorang pempengaruh media sosial, bagaimanapun harga yang diminta itu terlalu mahal.

Susulan itu, pihak produksi terpaksa menggugurkan namanya.

Watak Erra itu sebenarnya untuk influencer, tapi demand yang diminta terlalu tinggi. Lebih mahal daripada Erra. Jadi team saya telefeon influncer itu untuk menolak dia.

Kemudian saya terus telefon Erra dan alhamdulillah dia bersetuju. Kebetulan dia tiada kerja waktu itu, tengah free.

Mungkin zaman sekarang, zaman influencer popular dalam media sosial belum tentu pun boleh tarik penonton. Saya hanya tengok gambar sahaja influencer itu.

Awie berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Sue-On yang berlangsung di Starling Mall, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Awie turut memuji Erra dengan menyifatkan dia sebagai seorang aktres yang profesional.

Watak itu tidaklah besar mana, tapi bila Erra yang pegang terus jadi lain. Itu yang bagusnya bila bagi pada profesional, walau sedikit tapi besar maknanya.

Erra punya bahagian sekejap je, dia datang shooting pun hanya satu hari. Saya tak nak bagi watak kecil macam itu kerana selepas ini ada plan watak besar untuk Erra.

Sue-On merupakan filem pertama terbitan Awie di bawah syarikat Rumah Produksi Merah yang akan ditayangkan di pawagam mulai 6 Julai 2023.

Selain bertindak sebagai penerbit, Awie juga memegang watak utama sebagai Mat Dosa dalam filem seram komedi berkenaan.

Turut membintangi filem tersebut adalah Reen Rahim, Achey, Azlee Senario, Ropie dan ramai lagi.

SKIP THIS AD ×