berita

Awie Kuruskan Badan Kerana Mahu Pakai Cawat & Bertatu

May 16th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

SIDANG-MEDIA-KONSERT-TEATERIKAL-SUARA-KITA-AWIE-–-ERRA-–-ZIANA-74

Saat bertemu dengan Awie pada majlis sidang media Konsert WINGS ‘Versi Tanpa Distortion’ tempoh hari, ramai terkejut melihat susuk tubuh penyanyi rock itu yang semakin kurus.

Ketika ditanya mengenai pengurangan berat badannya itu, Awie pantas menjawab ianya disebabkan kurang sihat akibat demam selain mengamalkan diet.

Ni sebab demam dan dalam masa yang sama saya berdiet. Saya nak kena turunkan berat badan dan keep fit sebab akan kembali berlakon dalam pementasan semula teater Supermokh dan Rejang di Istana Budaya.

Walaupun tidak menetapkan sebarang jangkaan untuk berat ideal, tetapi fokus Awie pada ketika ini hanyalah untuk membina semula bentuk badannya.

PC Konsert WINGS-13

Saya tak kisah berat turun berapa banyak, yang saya kisah sekarang nak cantikkan badan balik. Kalau jadi, saya akan pakai cawat dan tidak berbaju di atas pentas sepanjang teater Rejang. Badan nak kena ada tatu, so saya kena prepare daripada sekarang.

Beralih kepada soal tatu yang bakal dilukis di badannya, Awie menjelaskan ianya hanyalah airbrush tattoo yang bertahan selama dua minggu sahaja.

Dalam pada itu, Awie juga bersedia dan tidak kisah jika penampilannya di dalam teater tersebut akan mencetuskan kontroversi di masa hadapan.

Saya okay je. Kalau perempuan boleh berkemban, lelaki tak boleh bercawat ke?

Untuk pengetahuan anda, Rejang mengisahkan tentang sejarah lama di Sarawak dan bakal dipentaskan pada bulan April tahun hadapan.

SKIP THIS AD ×