Meminta restu untuk perkahwinan kali kedua daripada ahli keluarga tidaklah semudah yang disangka, lebih-lebih lagi apabila sudah berusia. Namun, usaha dalam menyakinkan orang disekeliling itu mampu mengubah persepsi mereka dengan keputusan yang dibuat.
Begitula kisah pelakon terkenal, Vanidah Imran yang mengakui proses pernikahan buat kali kedua ini agak sukar berbanding dengan waktu mudanya dahulu.
Artikel Berkaitan: Vanidah Imran Sah Bergelar Isteri Kepada Arifabillah Idris Dalam Satu Lafaz
Artikel Berkaitan: Berkat Semangat Dari Ayah, Vanidah Imran Berjaya Genggam Sarjana Seni Persembahan – ‘Pergelutan Empat Tahun Itu Memang Tak Mudah Langsung’
Artikel Berkaitan: ‘Biarlah Kami Saja Tahu…’ – Vanidah Imran Enggan Buka Aib, Rahsiakan Punca Cerai
Proses yang lama
Menerusi laporan Gempak, proses pernikahan kali kedua ini mengambil masa kerana banyak pihak yang perlu difikirkan. Tambahan lagi, kedua-dua mereka mempunyai anak yang perlu diambil kisah dari segi emosi.
Memang betul kalau ikut hukum, mak tak perlu tanya atau minta izin kepada anak-anak tentang kehidupan untuk berkahwin lagi. Tapi saya ikut hukum psikologi. Saya sendiri nak dengar dari pandangan anak lelaki dan perempuan saya.
Ayah tak setuju
Tambah Pensyarah Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu, proses dalam menyakinkan ayahnya adalah sukar untuk mendapatkan keizinan dalam berumah tangga lagi.
Susulan daripada itu, Vanidah menyatakan bahawa ayahnya hanya merisaukan tentang dirinya kerana menyedari perkahwinan buat kali kedua pada usia yang lebih meningkat itu memerlukan persediaan mental yang lebih rapi.
Masa saya bagitahu ayah ada orang nak datang melamar, beliau terus menanyakan hal anak-anak, adakah mereka okay dengan perkara tersebut. Saya jawab mereka semua okay. Tapi dia tak puas hati dan ingin mendengar sendiri dari mulut mereka.
Ayah taya adik-beradik juga adakah semua bersetuju. Saya duduk sebelah diam saja.
Vanidah atau lebih mesra dengan panggilan Vee itu menyatakan, ayahnya serta merta tidak bersetuju dengan perkahwinan kedua pada usianya yang kini. Namun, segalanya sudah tertulis dan direstui dengan bantuan dari abangnya sendiri yang membantu memujuk ayah aktres terkenal itu.
Walau bagaimanapun, Vee akui pelbagai proses yang perlu dihadapinya dalam membina masjid yang baharu bersama pilihan hati, Arifabillah Idris.
Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-20 itu meluahkan rasa syukur dengan kehidupannya yang kini berjalan baik. Tambahnya, hubungan dengan bekas suami juga tidak mengalami sebarang masalah.
Sumber: Gempak