Pelakon Rashidi Ishak petang semalam mengumumkan perceraiannya dengan aktres Vanidah Imran setelah 17 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama. Berita itu ternyata mengejutkan peminat yang tertanya-tanya mengenai status hubungan setelah gosip keretakan hubungan mereka dihidu sejak Ogos lalu.
Vanidah dalam satu laporan Astro Awani menjelaskan perpisahan mereka dibuat secara baik untuk kepentingan kedua-dua belah pihak.
Tak dedah punca
Pelakon Perempuan Melayu Terakhir ini berkata perceraian mereka tidak diumumkan lebih awal kerana ianya hal yang terlalu peribadi. Mereka bagaimanapun sepakat untuk tidak mendedahkan punca sebenar perpisahan kerana menganggap perkara itu adalah aib masing-masing.
Segala apa yang berlaku ada sebabnya. Demikian juga rumah tangga saya dengan Shidi. Sudah tentu perkara ini (perceraian) berlaku kerana ada sebab-sebab yang biarlah kami sahaja yang tahu.
Saya fikir adalah tidak manis untuk saya berkongsi punca perceraian kerana mendedahkan hal itu seperti membuka aib kami berdua.
Hubungan dengan bekas suami masih baik
Walaupun sudah tiada apa lagi ikatan antara mereka, Vanidah dan Shidee masih mempunyai hubungan yang baik demi kebaikan dua anak mereka. Mereka juga berjanji untuk kekal berkawan baik dan tidak bermusuhan.
Seperti yang saya katakan, kami bercerai cara elok, tiada pergaduhan. Kata sepakat dicapai selepas perbincangan yang panjang.
Demi masa depan anak-anak, kami sepakat untuk tidak bersengketa. Bahkan, saya dan Shidi akan terus bersahabat. Itu ikrar kami.
Vanidah dan Rashidi, berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18, dan Maryam Rashika, 15.
Sumber: Astro Awani