berita

Ayah Dato Azizulhasni Meninggal Dunia

January 31st, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jaguh berbasikal negara, Dato Azizulhasni Awang berkongsi berita sedih kepada umum bahawa ayahnya, Awang bin Embong telah meninggal dunia awal pagi tadi.

Semoga ditempatkan bersama orang yang beriman

Assalamualaikum semua. Untuk makluman ayah saya telah pulang ke Rahmatullah awal pagi tadi. Semoga ayah diampunkan segala dosanya, diterima segala amal ibadatnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Di Instagram, Azizul memohon doa agar ayahnya ditempatkan bersama orang yang beriman dan segala kebaikan yang pernah dilakukan sebelum ini diterima oleh Allah. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semoga urusan pengebumian jenazah dipermudahkan. Netizen turut mengucapkan salam takziah buat Azizul dan keluarga.

Sumber: Azizulhasni Awang

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×