berita

Ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Mangkat

September 28th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra, ayahanda kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II pada jam 8:11 pagi tadi.

Menerusi portal Malaysiakini, perkara itu turut disahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah ketika dihubungi sebentar tadi.

Istiadat pemakaman dijangka berlangsung selepas Asar

Terdahulu menerusi Facebook Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan Al-Muhammadi, jenazah Al-Marhum Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk Istiadat Penghormatan terakhir .

Manakala Istiadat Pemakaman dijangka akan dilangsungkan selepas solat asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu.

Selain itu, entri Facebook tersebut turut disertakan etika berpakaian untuk penghormatan terakhir nanti.

Etika berpakaian untuk kerabat Diraja adalah berbaju Melayu putih, bersampin putih, songkok hitam beralas kain putih di atas dan baju kurung putih bagi perempuan.

Manakala etika berpakaian untuk orang awam ialah berbaju Melayu putih, bersampin putih, bersongkok hitam beralas kain putih dan baju kurung putih bagi perempuan.

Sumber: Facebook Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan Al-Muhammadi, Malaysiakini, Utusan Online

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×