berita

Ayda Jebat Disaran Buang Lemak

February 12th, 2015 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2015-02-12 at 6.11.22 AM

Sejak kemunculannya dalam drama ‘Rindu Awak 200%’, nama Ayda Jebat bukanlah asing lagi dalam industri hiburan tanah air.

Malah, makin hari gadis ini semakin digilai. Mek dengar fan base Ayda ni bukan je ada kat Malaysia, Indonesia dan Singapura pun ada okay!

Tapi, sejak dua menjak ni, Mek tengok wajah Ayda makin berisi pula. Menurut laporan mStar Online, Ayda sendiri mengakui bahawa beratnya bertambah.

Rakan Saran Buang Lemak

Screen Shot 2015-02-12 at 6.11.50 AM

Orang kata, kalau badan dah berisi, nak keluar tv pun dah tak cantik. Betul ke? Haa, kalau korang nak tahu, disebebkan wajah Ayda yang nampak agak bulat dalam drama Diva, ada rakan yang menyarankan dia membuat pembedahan muka bagi membuang lemak untuk lebih cantik.

Ada juga rakan-rakan yang menyuruh saya buat rawatan muka untuk bagi nampak lebih cantik tetapi saya menolak.

Saya muda lagi untuk buat itu semua dan saya masih yakin dengan apa yang saya ada sekarang ini tanpa perlu membuat pembedahan atau rawatan.

Michael Ang Beri Amaran

Screen Shot 2015-02-12 at 6.12.43 AM

Sebenarnya, Ayda ni bakal menjalani penggambaran dengan Michael. Dah nama pun pengarah, mestilah nak pelakonnya nampak cantik kan?

Sekarang ini saya tidak diet atau buat apa-apa untuk kurus, tetapi  mungkin nanti bulan depan sebelum mula penggambaran dengan Micheal Ang saya cuba berdiet.

Sebab dia sudah beri amaran supaya tidak kelihatan seperti Rosnah Mat Aris ketika dalam skrin nanti.

Tapi, ikhlas Mek cakap, Mek suka tengok wajah Ayda yang ayu ni. Tak kisahlah bulat ke bujur yang penting bakat lakonan mantop. Tak gitu?

SKIP THIS AD ×