berita

Ayda Jebat & Nabil Mahir Buka IG Untuk Ana Nayla – ‘Followers Nak Cecah 50k Dalam Tempoh Sehari!’

September 29th, 2021 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Semalam, pasangan selebriti Nabil Mahir dan Ayda Jebat telah berkongsi wajah serta nama anak sulung mereka di Instagram (IG).

Artikel berkaitan: Nabil Mahir & Ayda Jebat Pilih Nama Ana Nayla, Mata BabyWuvv Buat Ramai Terpegun Tengok – ‘Subhanallah Anugerah Terindah’

Pasangan sejoli ini sepakat memilih nama Ana Nayla Ahmad Nabil serta membuka satu akaun rasmi buat anak kecil itu.

Ramainya ‘followers’ Ana Nayla

Menerusi tinjauan pihak OhBulan! akaun Instagram Ana Nayla sudah mempunyai lebih daripada 41 ribu orang pengikut. Jumlah pengikut tersebut diramalkan semakin meningkat dalam jangka masa beberapa hari lagi. Setakat ini, Nabil dan Ayda hanya memuat naik sebuah rakaman video pendek yang memaparkan wajah Ana Nayla. Video tersebut turut meraih hampir 600,000 tontonan daripada warganet.

Sebelum ini, Ayda memberitahu kepada umum bahawa dia telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada tarikh 21 September yang lalu. Ujar Ayda, dia dan Nabil bersepakat untuk mendedahkan nama dan wajah anak mereka kepada umum selepas seminggu kelahiran Ana Nayla.

Bangun hampir setiap jam

Nabil turut berkongsi detik kenangan terindah sewaktu pertama kali melihat puteri sulungnya itu. Jelas Nabir, proses bersalin Ayda pada waktu itu sangat cepat dan lancar. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat. Cuma, malam pertama selepas dilahirkan Ana Nayla akan mula bangun daripada tidur hampir setiap jam.

Alhamdulillah baby senang dipujuk. Thank you semua atas ucapan dan doa. Moga kita sama-sama dapat keberkatan dariNya.

Sumber: Ana Nayla & Nabil Mahir

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×