berita

Nabil Mahir & Ayda Jebat Pilih Nama Ana Nayla, Mata BabyWuvv Buat Ramai Terpegun Tengok – ‘Subhanallah Anugerah Terindah’

September 28th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Genap seminggu bergelar ibu bapa, pasangan selebriti Nabil Mahir dan Ayda Jebat berkongsi wajah serta nama anak sulung mereka di Instagram (IG).

Artikel Berkaitan: Seminggu Awal Dari Tarikh Dirancang, Ayda Jebat Selamat Bersalin Bayi Perempuan

Ana Nayla nama dipilih

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Menerusi akaun media sosial, Nabil dan Ayda berkongsi sebuah rakaman video pendek yang memaparkan wajah puteri sulung yang dilahirkan pada 21 September lalu.

Pasangan sejoli ini sepakat memilih nama Ana Nayla Ahmad Nabil serta membuka satu akaun rasmi buat anak kecil itu.

Ana Nayla binti Ahmad Nabil. @ananaylaofficial.

Assalamualaikum uncles and aunties! Sepatutnya keluar harini tapi tak sabar nak jumpa uncle aunty hihi! Doakan Ana Nayla supaya sentiasa selamat, disayangi dan menjadi anak yang baik ya.

Anugerah terindah

Walaupun baru dua jam dikongsikan, hantaran tersebut telah mendapat hampir 500,000 tontonan daripada warganet.

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat teruja melihat wajah Ana Nayla buat kali pertama. Selain kecomelannya menjadi tumpuan wargamaya, bayi tersebut turut dikurniakan sepasang mata yang cantik.

Terdahulu, Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Sumber: Instagram @aydajebat, @nabilmahir

SKIP THIS AD ×