Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang kini sedang hamil tujuh bulan meluahkan rasa kurang senang apabila perutnya dipegang oleh segelintir individu.
Artikel Berkaitan: Ayda & Nabil Bakal Timang Bayi Lelaki, Umum Jantina Anak Kedua Dalam Muzik Video
Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Umum Hamil Anak Kedua, Usia Kandungan Dah Lima Bulan
Tak selesa perut disentuh
Menerusi perkongsian di Instagram, Ayda berkata dia tidak kisah sekiranya peminat menyentuh bahagian tangan atau bahunya ketika mengajak bergambar bersama, namun tidak pada bahagian perutnya.
Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nurul Suhada Jebat, sejak hamil, dirinya menjadi lebih sensitif.
Mommies selesa tak kalau tengah pregnant, orang luar tiba-tiba pegang-pegang perut mommies?
Saya minta maaf, saya okay je kalau nak selfie pegang bahu ke tangan saya itu dah biasa, tapi tengah pregnant ni sensitif dia lain sikit bila kakak-kakak atau makcik-makcik jumpa terus pegang raba-raba perut saya.
Nak tegur, tapi tak terkeluar pulak kata. Faham kadang-kadang acik excited, tapi…
Dalam masa sama, pelantun lagu Temberang itu turut bertanyakan pandangan pengikutnya tentang situasi yang dihadapi.
Harap faham situasi saya dan terima kasih atas doa yang baik untuk saya dan baby, sudah memadai.
Ada yang sambil pegang sambil ‘acik kalau kuis macam ini je dulu baby dah tendang, jap tunggu anak Ayda tendang tak..’ (saya muka dah petak). Korang rasa macam mana ya.
Pada Julai lalu, Ayda dan suaminya yang juga pengacara, Nabil Mahir mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata kedua.
Sementara itu, minggu lalu pasangan itu mengumumkan jantina anak kedua mereka adalah bayi lelaki dan dijangka bakal lahir pada hujung tahun ini.
Untuk info, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.
Sumber: TikTok