berita

Azad Jasmin Akan Saman Rania Marketing

February 5th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Fuh! Kes Azad Jasmin dan isterinya, Eira Syazira mengenai konflik dengan Rania Marketing ni nampaknya masih belum menemui penyelesaian yang baik.

Artikel Berkaitan : 1,000 Orang Tak Dapat Pulangan Di Rania Marketing – Eira Syazira

Baru-baru ini, Azad telah membuat sidang media bagi menerangkan kedudukan mereka dalam Rania Marketing yang juga milik bekas ibu mertua Jimmy Shanley.

Menerusi laporan Berita Harian, Azad berkata dakwaan yang dibuat oleh pemilik Rania Marketing menerusi program Melodi dan Galaksi sebelum ini adalah tak benar.

Cadang Saman Malu Rania Marketing

azad2

Kalau nak tahu, Azad menjelaskan dia tak pernah melarikan sejumlah duit seperti yang didakwa pengasas syarikat tersebut.

Jika pihak mereka nak saman saya dan yang teraniaya dipersilakan. Kami di pihak yang benar. Kami ada bukti untuk bawa hal ini ke tengah.

Setakat ini, kami ambil pendekatan tunggu dan lihat apa yang akan dilakukan mereka selepas ini, mereka yang melatah dulu dan menimbulkan provokasi.

Kami boleh saman malu terhadap mereka. Usaha untuk menyelesaikan perkara berbangkit sebelum ini berakhir dengan kesudahan yang mengecewakan.

Azad Hanya Dapat Cek Berjumlah RM800

azad3

Saya rasa bertanggungjawab kerana hampir 1,000 orang di bawah saya pun tak dapat pulangan. Kali terakhir saya dapat cek bernilai RM800. Bayangkan dengan jumlah itu saya perlu bahagi kepada mereka yang di bawah saya.

Hmm, sekarang ni kami nak tanya, siapa yang tertipu, menipu dan ditipu? tepuk dada tanya selera.

SKIP THIS AD ×