Pejam celik, pejam celik rupanya sudah 30 tahun usia perkahwinan pelakon terkenal, Azah Aziz bersama suami tercintanya, Daud Leroy Abdullah.
Artikel Berkaitan: Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-28, Azah Aziz Titip Nasihat Rumah Tangga – ‘Letak Ego Masing-Masing Ketepi’
Happy anniversary!
View this post on Instagram
Terbaharu, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Cinta Korporat’ itu memuat naik foto dirinya dan suami yang menyambut ulang tahun perkahwinan ke-30 tahun di Instagram (IG).
Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat Azah yang mengenakan gaun pengantin sedang memotong kek bersama suaminya.
Azah turut memuat naik gambar dirinya dan suami sewaktu hari perkahwinan mereka pada tahun 1995 lalu.
Selepas 30 tahun, masih potong kek.
Lima tingkat kek, lama tu.
Komen netizen
Hantaran itu kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya mendoakan kesejahteraan rumah tangga Azah dan Daud.
Ada juga netizen memuji Azah dan Daud yang dianggap seperti tidak dimamah usia.
Sekadar info, Azah atau nama sebenarnya Norazah Aziz mendirikan rumah tangga bersama Daud pada 7 Januari 1995.
Hasil perkongsian hidup selama tiga dekad itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aaron, 26, Ryan, 20, dan Justin, 17 tahun.
Sumber: IG Azah Aziz