berita

Azam 2019 – Tukar Kepada 10 Rutin Ni Untuk Capai Kulit Sihat & Cantik!

January 11th, 2019 | by Farah Adibah
Kini Trendy

korean, beauty tips, skincare tips

Apa goals korang untuk tahun 2019 ni? Goals sis Katy untuk dapat kulit yang sihat dan cantik secara semula jadi. Jadi bila dah dapat kulit sihat dan cantik secara natural sis boleh ucapkan selamat tinggal pada make up.

Siapa je yang taknak dapat kulit sihat, cantik dan glowing secara natural kan? Jadi sebabkan itu, sis Katy nak share dengan uolls macam mana cara sis nak achieve goals ni supaya kita boleh sama-sama cantik.

1. BFF dengan air mineral

 

Dalam entri yang sebelum ni pun sis Katy ada tegaskan untuk minum air mineral dengan banyak. Jangan malas nak minum air tu. Sis Katy tau mesti korang beri alasan seperti “malas nak pergi tandas asyik nak terkencing” atau “penat nak buka penutup botol banyak kali”.

Okay, jujurnya sis Katy pun kadang-kadang malas jugak nak minum air. Jadi untuk merajinkan diri, sis beli botol air yang ada straw. Korang tak perlu buka penutup ke apa, korang sedut je. So dah takde alasan kan? Haha. Jom beli botol ada straw!

2. Pastikan sentiasa ‘moisturize‘ diri kita

 

 

Dalam erti kata lain berkawan lah dengan lip balm dan moisturizer. Sebut pasal moisturizer, sis Katy mintak tolong sangat kat korang untuk invest dekat moisturizer yang bagus. Jangan hampa dok pi beli krim timbang kilo punya.

Beli moisturizer yang salah akan buat kulit kita breakout teruk. Jadi tolong ya invest sedikit, kata nak cantik sama-sama geng. Sis cadangkan korang beli moisturizer tarte drink of H2O ni.

 

3. Air manis & berkafein musuh ketat

no coffee, cartoon, kaffein,

Korang tahu tak air manis dan kafein ni sebenarnya punca kita dapat jerawat tau. Jadi siapa yang dah ada masalah jerawat dan plan untuk nak dapat kulit cantik, elakkan air manis dan air berkafein at any cost!

Kalau korang nak tahu gula ni sebenarnya berasid. Jadi bila banyak benda kotor dalam badan, akan beri efek kepada kulit. Sebab tu kena minum air mineral banyak!

4. Sebelum gosok gigi amalkan minum air mineral

ayam jantan, ayam kampung, selamat pagi

Ibu sis Katy pesan kalau nak awet muda kena amalkan minum air mineral sewaktu korang baru celik mata dan sebelum korang gosok gigi.

Sebabnya waktu tu seluruh badan korang baru bangun, air ni ibarat minyak yang memanaskan enjin kereta. Cubalah!

5. Elakkan dari menyentuh muka

jangan sentuh, dilarang sentuh

Kita tak tahu apa jenis bakteria yang ada kat tangan. Cuba bayangkan, korang dah pegang macam-macam lepastu korang pegang muka korang, oh tidaaaak!

Korang kena elakkan dari pegang muka. Nanti minyak dekat muka tu bergerak dan menyebabkan pori korang tersumbat. Kalau nak pegang pun pastikan tangan korang bersih okay.

6. Hilangkan double chin tu!

Double chin ni adalah satu benda yang menjengkelkan sebab bila ambil gambar, angle tu dah cantik dah tapi bila sampai je dekat dagu… Jeng jeng jeng, penampakkan double chin tu menyerlah sangat. Jadi kat sini ada dua cara nak hilangkan double chin tu guys.

Satu dengan cara senaman muka lagi satu dengan rajin kunyah gula-gula getah. Kalau nak cara sihat korang buat lah senaman muka ni. Takde gula. Usya posting ni kalau nak tau macam mana cara nak hilangkan double chin.

7. Jangan sesekali tinggal rutin skincare!

pore, pore mask, skincare

Girlsss, walau apapun terjadi jangan tinggalkan rutin skincare korang. Kalau paling malas pun jangan terlepas untuk pakai moisturizer.

Sebab apa jangan tinggalkan? Bila kulit kita cukup hidrasi, miss Jerjer pun takut nak naik dekat muka kita tau. Jadi please girlsss, tetapkan dalam hati skincare sangat penting! Dan rajinkan cuci muka korang 2 kali sehari.

 

Tak tahu nak pakai produk apa? Korang kena cuba set produk innisfree yang green tea ni dan elakkan guna produk krim timbang kilo tu.

8. Jangan makan selepas 5 petang

no fastfood, dilarang makan, no eating

Sebenarnya makan waktu malam ni tak bagus untuk kesihatan. Jadi alang-alang nak dapat kulit cantik korang boleh kurus sekali tau. Kadang-kadang malam tu kita makan sebab nak mengunyah je, bukan lapar pun. Ye dok?

Jadi satu tips sis Katy, sis akan tanya dekat diri sendiri “do I want an apple?” kalau jawapan kita tak, maknanya kita nak makan sebab nak mengunyah je. Jadi elakkan habit makan sebab bosan selepas pukul 5 petang.

9. Detox dengan teh hijau

green tea, hot green tea, teh hijau

Okay girls, korang tahu tak bila toxic banyak dalam badan kita sebab makan fast food dan jajan boleh punca muka atau kulit kita bermasalah. Sebab we are what we eat kan?

So cara nak hilangkan toxic ni adalah korang kena rajin minum teh hijau. Bila kita detox automatik dalaman kita yang bersih dan hasilnya kulit luaran yang cantik. Tak percaya, cubalah! Ni green tea fav sis Katy. hehe

10. Jadikan buah dan sayur makanan utama

makanan sihat, sayur, buah-buahan

Tolong jangan jadikan sayur musuh utama. Mak-mak selalu cakap makan ulam tu elok. Elok untuk dalaman dan luaran. Tadikan sis ada pesan jangan makan lepas pukul 5 petang kan?

Tapi kalau terlampau lapar selepas pukul 5 petang, korang makanlah snek macam buah-buahan dan sayuran. Tapi, buah yang manis korang jangan lah makan sampai sebakul pulak. Sebab musuh ketat kita kan benda yang manis.

thumbs up, elok, baik, good job

Jadi marilah kita bersama-sama ke arah kulit yang sihat dan cantik di tahun 2019 ni. Jadikan 10 perkara ni rutin harian kita lepas ni. Perbaiki rutin harian kita!

Akhir sekali jangan lupa untuk singgah, follow dan like Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan mekap, fesyen dan lifestyle wanita yang terkini.

SKIP THIS AD ×