berita

Azhan Rani Sedih Drama KL Gangster Underground Kena Cetak Rompak

August 28th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Siapa yang tidak marah jika hasil karya sendiri diciplak dan giat dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi memperoleh keuntungan berlipat ganda. Tambah geram, filem mahupun drama tersebut sebenarnya dipertontonkan secara percuma kepada penonton tetapi dicetak dalam bentuk DVD sebelum dijual kepada orang ramai.

Pelakon Azhan Rani menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa kecewa apabila mendapati drama lakonannya, KL Gangster Underworld yang ditayangkan di iflix itu dijual di pasar malam. Memang sakit hati!

Cakap berbuih pun susah nak faham

Lambung la setinggi gunung, puji la setinggi langit.. apalah maknanya segala penat lelah kami yang membikin karya yang sangat tidak mudah untuk dihasilkan ini.. daripada penerbit, penulis skrip, pengarah, pelakon, malah krew di belakang kamera yang membanting tulang siang dan malam untuk #klgangsterunderworld ini..

Betapalah hancur luluh hati ini melihat penat lelah di rompak seperti ini.. siapakah lanun yang layak dibayar dengan hasil rompakan daripada titik peluh kami? siapakah si BANGANG tak berhati perut yang sanggup membayar mereka membeli dvd haram sedangkan ianya PERCUMA dengan kualiti cerita gambar dan audio dari @iflixmy untuk anda.. PERCUMA di #iflixFree ..

Cakap berbuih pun susah nak fahamkan semua.. selagi titik peluh korang belum dirompak, selagi itu korang takkan sedar dan nampak! terima kasih atas keperihatinan dan maklumat ini. dvd haram ini dikesan di sebuah pasar karat di JB.. mungkin sukar membendung lanun dvd haram ini tapi anda boleh membantu melumpuhkan mereka dengan TIDAK MEMBELI dan membuat aduan kepada pihak berwajib.. atas sokongan, keprihatinan, dan kesedaran kami ucapkan setinggi2 terima kasih.

Bertabahlah

Wujud lagi CD cetak rompak ini?

Sumber: Azhan Rani

SKIP THIS AD ×