Pelakon Azira Shafinaz menarik nafas lega apabila tidak ada lagi kontroversi selepas timbul desas-desus yang mendakwa dia bercinta dengan aktor Sharnaaz Ahmad.
Artikel Berkaitan: Azira Shafinaz Positif Covid-19, Sharnaaz Ahmad Beri Ucapan Semoga Cepat Sembuh – ‘I Know You Are Strong Women’
Tak suka kontroversi
Menurut Azira, 31, dia mengakui tidak selesa apabila kisah peribadi dijaja kepada umum biarpun bukan datang daripada mulutnya.
Jujur saya katakan sekarang ini saya single (solo) dan happy (gembira) dengan hidup begini.
Lega rasa apabila tiada lagi cerita sebegitu. Mungkin orang mahukan sesuatu, tetapi saya bukanlah seorang yang suka dengan kontroversi. Apa yang keluar dari mulut saya itulah yang benar.
Azira berkata demikian ketika sidang media filem lakonan terbaharunya, Talbis Iblis di Panggung Asia, Gombak, baru-baru ini.
Filem terbitan bersama Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures, A Next Star Production dan MM2 Entertainment ini turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Nasha Aziz, Zul Ariffin, Jay Iswazir, Amir Nafis, Sherie Merlis dan ramai lagi.
Filem seram Talbis Iblis bakal menemui penonton di pawagam bermula 20 Oktober depan.
Faham dengan kerjaya
Dalam pada itu, pemilik nama Azira Shafinaz Ramlan berkata dia tidak tertekan biarpun sering diasak soal jodoh. Katanya, dia bersikap terbuka sekiranya sudah sampai waktu yang tepat.
Memang ramai pun yang sudah mula bertanya soal jodoh, namun fokus saya sekarang lebih kepada kerjaya. Apa boleh buat kalau jodoh belum sampai.
Ada yang cuba mahu dekat tetapi belum ada yang istimewa. Kawan biarlah ramai, bercinta hanya satu. Doakanlah saya bertemu jodoh segera okey.
Ditanya tentang ciri-ciri lelaki, anggota kumpulan DeFam itu menginginkan seorang lelaki yang hormat pada kerjaya seninya.
Kalau mencari seseorang biarlah yang boleh terima saya dan keluarga seadanya dan yang paling penting lelaki itu hormat kerja saya kerana tak semua boleh faham kerjaya ini.
Sumber: Instagram @azirashafinaz