berita

Punyai Ramai Calon, Azlee Khairi Masih Memilih Bakal Isteri

February 24th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Malam Anugerah Drama Festival KL-164

Mesti ramai peminat Azlee Khairi di luar sana yang teruja mendengar berita ini. Mana tidaknya, sejak semakin dikenali di dalam drama bersiri Love You Mr. Arrogant, saham pelakon ini juga melonjak naik serta-merta.

Mungkin ada yang tidak mengetahui bahawa Azlee pernah menjalin hubungan cinta dengan bekas peserta Akademi Fantasia, Zarina Zainoordin yang juga seorang pelakon sebelum ini.

Berkesempatan menemui Azlee yang juga pemenang Pelakon Lelaki Pilihan dan Pasangan Hero & Heroin Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur tempoh hari memberi peluang kepada OHBULAN! untuk bertanya mengenai perkembangan hubungan tersebut.

Malam Anugerah Drama Festival KL-179

Zara Zya & Azlee Khairi dinobatkan sebagai Pasangan Hero & Heroin Pilihan

Saya dah tak ada apa-apa dengan dia. Mungkin kerana sifat saya yang tak gemar bercerita soal peribadi kepada umum membuatkan orang tak tau mengenai perkara ini.

Bagaimanapun, Azlee menyatakan hasratnya untuk mendirikan rumahtangga secepat yang mungkin sekiranya bertemu jodoh.

Saya dah bersedia untuk berkahwin. Walaupun saya baru berusia 25 tahun tapi sampai bila saya nak tunggu? Hidup ni singkat. Tak nafikan memang ada terfikir untuk ke arah perkahwinan sebab saya sendiri suka budak-budak.

Insya-Allah calon itu ada. Saya masih lagi perlu tengok senarai borang J (borang jodoh) sebelum buat keputusan. Kalau nak ikutkan, senarai calon dalam borang J tu penuh.

Simpan Angan-Angan Jadi Pengarah

Malam Anugerah Drama Festival KL-162

Azlee dan Zara bersama pengarah LYMA

Tidak hanya meletakkan bidang lakonan sebagai punca rezeki, Azlee juga menyimpan impian untuk bergelar pengarah produksi yang berjaya suatu hari nanti.

Saya letakkan tempoh selama dua tahun untuk saya terus berada di dalam bidang lakonan tapi saya tak menolak jika rezeki saya itu ditetapkan untuk lakonan dahulu. Untuk saya beralih ke bidang pengarahan, mungkin akan makan masa dalam 2 hingga 3 tahun, Paling tidak pun pada umur saya 30 tahun, saya dah jadi pengarah.

Menurut Azlee lagi, dia lebih gemar menghasilkan karya-karya bergenre aksi dan akan menjadikan drama serta filem dari Thailand sebagai bahan rujukannya.

Apapun, buat semua peminat Azlee Khairi, jom lihat foto-fotonya yang segak bergaya ke majlis anugerah DFKL pada malam Sabtu lalu di bawah ini.

SKIP THIS AD ×