Dunia hiburan tempatan menerima berita sedih apabila pelakon Ali Setan, Azmil Mustapha dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 1 petang tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Seksyen 9 Shah Alam. Arwah yang berusia 65 tahun meninggalkan 2 bekas isteri dan 5 anak.
Pergi dalam tidur
Berita sedih itu dikongsi anak lelaki arwah Mohd Bazli kepada BH Online yang mengatakan ayahnya itu pergi dalam tidur apabila menyedari tidak bangun apabila dikejutkan.
Kami akur dengan ketentuan ini. Pahit untuk ditelan tapi Allah lebih menyayangi bapa kami.
Setakat ini, saya tidak dapat pastikan dengan tepat bila arwah bapa akan dikebumikan.
Menempa nama dengan Ali Setan
Pada 2015, pelakon Mekanik itu pernah sakit tenat akibat sakit jantung yang dideritainya. Kesihatannya dikatakan merosot sejak 2 tahun lepas namun tidak sihat sepenuhnya akibat penyakitnya itu.
Azmil menempa nama sebagai pelakon popular 80-an menerusi Ali Setan, Suara Kekasih dan Mekanik.
Sumber: Berita Harian Online