Setelah dua minggu selesai menjalani hukuman di penjara, kini Azri telah pun dibebaskan. Dia kesal dan mengakui pengalamannya berada di dalam penjara memberi pengajaran berguna untuk mengalas tanggungjawab sebagai bapa dan suami.
Malah, dia dan isterinya, Salma Asis menasihati netizen untuk tidak menokok tambah cerita yang tidak betul. Biar mereka saja yang tahu hal sebenar berlaku dalam rumah tangga.
Alhamdulillah…
Alhamdulillah, ini satu pengalaman dan pengajaran buat saya. Saya terima semuanya dengan hati terbuka. Tiada apa yang menarik pun di dalam penjara.
Turut hari ialah isterinya bersama anak-anak dan ibu yang setia menunggu detik pembebasan bintang AF ini. Bercerita mengenai kehidupannya di dalam penjara, Azri berkata dia akan lebih menghargai isteri dan anak-anaknya.
Memang serik, lepas ni dah tak mahu masuk lagi. Namun saya lega kerana semuanya sudah selesai, saya harap netizen tidak lagi bercerita mengenai kes ini.
Mereka juga memerlukan sokongan moral dari masyarakat untuk meneruskan kehidupan dan dihentikan segala fitnah yang sengaja direka-reka mengenai rumah tangga pasangan ini.
Sumber: mStar Online