Pelakon Azri Iskandar, kini mengambil langkah untuk tidak terlalu mendedahkan berkenaan hubungan peribadinya kepada khalayak.
Artikel Berkaitan: Azri Iskandar Tak Jadi Kahwin, Noora Kay Dedah Tiada Keserasian – ‘Kami Putus Sejak Akhir Mei Lalu’
Artikel Berkaitan: Ellie Suriaty Bantu Persiapan Kahwin Azri Iskandar – ‘Saya Dah Janji Dengan Arwah Nenek Dia’
Pengalaman lalu
Ketika ditemui OhBulan!, Azri atau nama lengkapnya Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar berkata, dia tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti hubungannya sebelum ini yang terkandas di tengah jalan.
Saya tidak mahu bercakap sangat tentang perhubungan ini kerana masih di peringkat awal dan kami baru sahaja berkawan.
Takut dan malu juga sebab hubungan sebelum ini tak menjadi dan diperkatakan. Harap ianya tidak berulang lagi.
Menurut aktor berusia 56 tahun itu, dia mengakui emosinya turut terjejas dengan perhubungan yang lalu.
Emosi saya terganggu juga kerana perkara tersebut tidak diceritakan sepenuhnya. Keadaan yang salah sebenarnya, bukan jodoh saya.
Azri berkata demikian ketika ditemui pada sidang media khas Ellie Suriaty yang berlangsung di Tamu Hotel pada Khamis.
Rakan Ellie
Justeru, Azri memilih untuk mendalami hati budi wanita tersebut sebelum ke peringkat yang lebih serius.
Saya belum sedia untuk memperkenalkan dia, saya datang ke sini pun untuk sokong Ellie. Kebetulan kawan saya ada masa lapang.
Saya belajar dari pengalaman, kena betul-betul kenal hati budi dan sesuai waktunya barulah boleh saya bercerita.
Bercerita lanjut, pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu memberitahu bahawa wanita tersebut adalah kenalan kepada bekas isterinya malah mereka hadir bersama ke sidang media itu sebagai tanda sokongan terhadap Ellie.
Kawan saya itu sebenarnya kawan Ellie juga, dia yang kenalkan kami. Kami pun baru sahaja berkenalan dalam masa dua bulan ini.
Anak-anak saya pun okay sahaja dengan siapa saya kawan yang penting saya sihat.
Saya tak pernah tutup pintu hati, hidup kena ada pasangan kalau tak akan jadi sunyi.
Terdahulu, Azri tidak dapat meneruskan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga apabila hubunganya bersama usahawan yang dikenali sebagai Datuk Noora Kay berakhir.
Azri juga pernah menjalinkan hubungan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Dr Azra.
Untuk info, selepas 19 tahun bersama, Azri dan Ellie bercerai talak satu pada 17 Mei 2022. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 19, dan Nur Azreen, 15 tahun.