berita

Azwan Ali Tetap Sokong BN Walaupun Abang Jadi MB Selangor

September 24th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

azwan

Rasanya semua dah tau bahawa kemelut politik Selangor dah terjawab dengan perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang baru.

Eh eh, tapi kenapa tiba-tiba kami tulis mengenai politik ni? Haa, sebenarnya, Azmin Ali merupakan abang kepada pengacara sensasi Azwan Ali.

Dek kerana perlantikan Azmin sebagai MB, maka ramailah yang mula ‘menyakat’ Azwan Ali dilaman sosial. Walaupun Azwan enggan mengulas lanjut, nampaknya perang Twitter dah bermula. Tadaaaa~

azmin-ali

Hari ini, menerusi laporan Sinar Harian, Azwan meminta semua pihak menghormatinya. Semuanya kerana ada sesetengah pihak yang mendakwa Azwan menumpang tuah abangnya.

Tolong hormat Azwan Ali! Semua pihak yang kecoh di alam siber, sebesar hama pun saya tidak hairan. Azwan Ali gah selama 27 tahun bukan kerana pertolongan mana-mana menteri besar.

Kelas jawapan Azwan Ali. Simple tapi padu! Hehe. Iyalah, rasanya selama ini Azwan popular dengan caranya sendiri. Betul tak? Tapi ada sesuatu yang menarik perhatian kami.

Di Twitter sekarang sedang berlangsung jawapan-jawapan Azwan kepada yang dok menyibuk nak tahu tu. Siap ada #DivaAApenyokongTegarBN tau.

Nampaknya, semua pun dah tau bahawa Azwan sendiri taknak menumpang populariti abangnya. Siap minta retweet banyak-banyak lagi tau!

Screen Shot 2014-09-24 at 1.55.58 PM

Bila kami jengah di Instagram pula, Azwan siap masak ‘sup ayam lakiku pejuang Barisan Nasional’ lagi. Namun sayangnya, setiap kemaskini laman sosial Azwan kini pasti jadi medan perdebatan politik.

Hmm, kami pun tak faham apa sudah jadi, Orang lain jadi MB, orang lain yang panas ke? Eh?! Apapun, kami ucapkan tahniah juga kepada DivaAA atas perlantikan abangnya sebagai MB ya.

Kredit Foto : Instagram Azwan Ali

SKIP THIS AD ×