berita

Azwan Kombos Dikecam Promosi Produk Besarkan Buah Dada, Punggung Wanita

February 8th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Platform sosial media kini menjadi salah satu saluran untuk sesiapa sahaja menjana pendapatan tambahan. Malah, tidak dinafikan ramai di antara kita sudah menggunakan sosial media untuk berniaga makanan, pakaian mahupun produk kecantikan.

Namun, jangan sesekali mempromosikan produk yang kurang sesuai buat pengikut di media sosial. Seperti tindakan yang dilakukan seorang pelakon lelaki iaitu Azwan Kombos yang telah memuat naik video dipercayai untuk mempromosikan produk membesarkan ‘aset’ wanita.

Promosi produk wanita

Sebelum ini, Azwan Kombos dipercayai memuat naik video memaparkan seorang wanita sedang menayangkan ‘aset’. Video tersebut dikongsikan dipercayai bagi mempromosikan produk memantapkan dan membesarkan buah dada serta bahagian punggung wanita.

Posting berkenaan bagaimanapun telah dipadam sejurus mendapat kritikan dan teguran daripada pengikutnya.

Nampak tak sopan

Pelakon Zoey Rahman turut menegur posting yang dimuat naik pelakon lelaki itu. Zoey menyifatkan posting iklan memaparkan fizikal wanita itu tidak seharusnya dikongsi umum. Bukan itu sahaja, netizen turut menasihati agar sebarang iklan produk perlu ditapis terlebih dahulu sebelum dikongsi dan perlu menjaga sensitiviti ramai. Tambahan, bimbang sekiranya ada pengguna media sosial dalam kalangan kanak-kanak bawah umur dan terdedah dengan content 18sx.

Mohon delete video ni

Malah, pengikut Instagram kepada pelakon lelaki ini turut menasihati agar dia menurunkan posting berkenaan kerana dianggap terlalu sensitif.

Sementara itu, ada di antara mereka terfikirkan sama ada akaun Instagram pelakon lelaki itu telah digodam oleh seseorang? Namun, hingga sekarang belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon berkenaan.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×