Penyanyi dan pelakon Azza Elite meluahkan rasa terkejut dan kesal apabila pekerjanya sanggup mencuri wang hasil jualan kek coklat yang diusahakan olehnya.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Baru Kehilangan Ayah Tau’ – Azza Elite Kecewa Azwan Ali Bising Lambat Dapat Sejadah
Artikel Berkaitan: Azza Elite Seronok Berniaga, Tak Kisah Netizen Cakap Dah Sendu & Terpaksa Cari Duit Sara Keluarga
Tiga bulan buat kerja mencuri
Menerusi sebuah posting di Instagram, Azza berkata, dia tidak menyangka pekerjanya itu tergamak melakukan perbuatan tidak baik itu.
Sampai hati dia. Saya bukan main baik dengan dia, sekali dia ambil duit saya.
Pekerja lain cakap saya tenang sahaja tetapi tidak sebenarnya. Saya menangis juga.
Mereka semua tak tahu sebab saya tak tunjuk. Saya menangis sebab takut mak tanya sebab mak lagi penting dari duit itu.
Kalau mak bising habislah saya. Macam mana saya tak perasan. Pekerja saya ini pijak semut pun tak mati.
Tambah Azza, pekerjanya itu sudah melakukan perbuatan tersebut sejak tiga bulan lalu tanpa dia sedar. Berbicara lebih lanjut, pemilik nama Noor Azzarima Zawari ini memberitahu, pekerjanya itu menukarkan kod QR (quick response) kepada akaun bank peribadinya dan tidak menyerahkan jumlah bayaran sebenar kepadanya.
Tiga bulan rupanya dia buat kerja mencuri. Saya ini sudah sehabis bijak untuk elak kena tipu sebab dalam hidup hanya orang tipu tak bayar duit show sekali dan sekali dua orang tak bayar duit kek mungkin sebab lupa.
Tapi paling banyak inilah, macam mana dia (pekerja) boleh ambil duit saya. Pekerja saya sendiri.
Saya rasa tertekan betul dengan sikap dia. Bekerja di depan komputer ambil tempahan dan tukar QR (cara bayaran) ambil duit dari personal shopper tapi duit tak sampai dekat saya.
Tunggu lagi 14 hari
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Azza tidak mendedahkan jumlah wang yang dicuri oleh pekerjanya. Ujar Azza, dia belum membuat laporan kepada pihak polis. Di akhir perkongsian, pelakon filem ‘Bara’ ini memberi nasihat kepada semua peniaga di luar sana agar berhati-hati terutama soal pembayawan wang yang diterima daripada pelanggan.
Ada yang tanya dah buat laporan polis atau tidak, saya tidak mahu komen nak tunggu lagi 14 hari. Berapa banyak yang dia ambil, banyak jugalah tapi tak banyak sangat.
Cuma bagi saya yang meniaga secara kecil-kecilan ini kira banyaklah. Untuk orang yang berniaga macam saya, pastikan cara bayaran QR itu betul.
Hasil jualan mesti sama dengan duit yang pelanggan bayar.
Sumber: Azza