Penyanyi, Azza Elite memberikan teguran pedas terhadap wanita yang cenderung menjalin hubungan dengan suami orang.

Artikel Berkaitan: ‘Dalam Event Ada Dua Tiga Orang Jual Benda Sama, Rezeki Masing-Masing.. Kita Saling Support’ – Azza Elite

Artikel Berkaitan: ‘Anak Autistic Atau OKU Jangan Bayar, Saya Hadiahkan’ – Azza Elite

Jatuh cinta dengan suami orang

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Azza menyelar kenyataan wanita yang menyifatkan jatuh cinta dengan lelaki berstatus suami orang sebagai satu ujian paling berat dalam hidup.

Menurutnya, terdapat lebih banyak pilihan di luar sana berbanding memilih suami orang sebagai pasangan hidup.

Tak payah nak jatuh cinta dengan suami orang sangatlah. Pilihan banyak.

Dah tahu orang tu ada isteri nak juga suami orang.

Mengulas lebih lanjut, Azza berkata suami orang kelihatan lebih kemas berbanding lelaki lain kerana penampilan mereka dijaga oleh isteri.

Suami orang ni nampak kemas sebab isteri dia jaga.

Azza turut mempersoalkan mentaliti wanita yang menggunakan alasan ujian untuk menghalalkan perbuatan mengganggu rumah tangga orang lain.

Baginya, tindakan itu lebih kepada mengikut nafsu semata-mata.

Cuba orang jatuh cinta dengan suami awak lepas tulis macam ni, apa perasaan awak?

Wanita tak payah nak benak otak sangat boleh? Lebih kepada menggatal dan miang. Paling utama sebab nafsu.

Sumber: Threads