berita

B.o.B Obses Dengan Fesyen

December 17th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Bobby Ray Simmons, Jr. atau lebih dikenali dengan nama B.o.B, merupakan seorang rapper, penulis, dan produser rekaman yang terkenal berasal dari Carolina Utara, Amerika Syarikat. Single pertamanya adalah lagu “Nothin’ on You” yang dinyanyikan berduet bersama Bruno Mars.

Kerjayanya bermula sejak tahun 2007 sehingga sekarang. Beberapa penghargaan atau Anugerah pernah diraihnya, diantaranya adalah  American Music Award sebagai Album Hip-Hop Terbaik “The Adventures of Bobby Ray”  tahun 2010.

Baru-baru ini, OHBULAN! berpeluang menemubual artis antarabangsa ini yang hadir ke Malaysia sempena konsert “Watsons Music Festival” yang berlansung di Stadium Merdeka 15 Disember lalu.

Ketika ditemui, jelas dia seorang peramah dan mudah didekati. Soalan pertama yang diajukan adalah mengenai pengalamannya berada di Malaysia. Menurutnya, ini kali kedua dia menjejakkan kaki ke Malaysia dan menganggap Malaysia sebuah negara yang unik dari segi budaya.

Dalam sesi temuramah yang singkat ini, B.o.B  sempat menceritakan pengalaman pertamanya apabila bergelar artis. Menurutnya, Benda pertama yang dimilikinya selepas berjaya menjadi seorang artis dan dikenali ramai adalah sebuah studio rakaman dan sebuah rumah sendiri. Ini merupakan pekara yang tidak diduganya.

“Saya memang tidak menduga untuk menjadi terkenal dan ini merupakan impian serta cita-cita saya sejak kecil lagi untuk menjadi seorang artis rappers. Saya mula berkecimpung dalam dunia rappers sejak umur 13 tahun dan gelaran B.o.B ini saya dapat setelah saya menjadi artis sekitar tahun 2006 atau 2007, itu pun secara tidak sengaja kerana saya memang tiada nama timangan,” ujar B.o.B atau nama sebenarnya Bobby Ray Simmons.

B.o.B juga berkongsi tentang minatnya yang gemar dan obses berfesyen. Baginya, menerusi fesyen pelbagai ekspresi dapat diluahkan serta memberi keyakinan kepadanya.

“Saya suka fesyen dan apa-apa sahaja mengenai fesyen. Dengan berfesyen, saya dapat meluahkan ekspresi dan perasaan saya,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, dia bakal melancarkan 2 album terbarunya tahun hadapan serentak. B.o.B baru-baru ini, telah menjayakan konsert “Watsons Music Festival” bersama-sama dengan Far East Movement dan Mizz Nina. Jom tonton video persembahannya pada malam itu.

SKIP THIS AD ×