Umum mengetahui bahawa hari ini, pelakon Sharnaaz Ahmad enggan menceraikan isterinya, Noor Nabila kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang telah dibina sejak dua tahun yang lalu.
Terbaru menerusi Instagram Sharnaaz, dia memuat naik video dirinya bersama anaknya iaitu Jebat Jayden. Video yang dikongsikan oleh Sharnaaz itu mendapat perhatian netizen apabila pelakon tersebut meminta maaf kepada anaknya di atas segala yang berlaku. Tambahnya, dia berharap anaknya itu akan faham situasi berkenaan apabila sudah besar kelak.
Ba minta maaf
https://www.instagram.com/p/B2Q55W8AjNf/
Video yang berdurasi 0:60 saat itu menunjukkan detik kenangan Sharnaaz bersama anaknya sejak dilahirkan sehingga berusia 1 tahun. Terdahulu, dia turut memuat naik foto dan kapsyen yang sangat bermakna buat anaknya itu.
Tak akan ada cinta sehebat cinta ba
https://www.instagram.com/p/B2DrD58hMJB/
You are the reason im still fighting
https://www.instagram.com/p/B1wP-WjBcjx/
Time with u is like diamond
https://www.instagram.com/p/B1l66eZBvrR/
Ba akan sentiasa ada dgn cek na
https://www.instagram.com/p/B1bj0FVBwlB/
Reaksi netizen
Rata-rata netizen meluahkan perasaan sedih mereka melihat posting yang dikongsikan oleh Sharnaaz. Netizen turut mendoakan supaya Sharnaaz dan Nabila kembali berbaik semula demi masa depan Jebat. Tambah netizen, Jebat untung memiliki seorang bapa seperti Sharnaaz.
Sumber: Sharnaaz Ahmad