Kisah Cinta Kita merupakan sebuah drama rantaian televisyen Malaysia bukan adaptasi novel yang menggandingkan pelakon, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson. Dalam episod separuh akhir semalam, rata-rata penonton tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja mendengar Amir (Aedy Ashraf) memanggil ibunya iaitu Datin Laila (Khaty Azian) sebagai ‘mama’. Bukan itu sahaja, babak Amir meninggalkan Alisa (Amelia Henderson) sewaktu honeymoon turut membuat para penonton mengalirkan air mata.
Mama, berubahlah
The fact that Amer,never once called his mother “Mama” after she abandoned him…that word “Mama” itself clearly described his pain, his dissapointment, his anger..and probably just how much he had longed for his mom ?@aedyxashraf said “Ep 27 ni peak for Amer”#kisahcintakita pic.twitter.com/CqDrJItoEN
— NRL. (@nrl_fyah) January 3, 2022
Bagi pengikut setia drama Kisah Cinta Kita, korang pasti tahu bagaimana hubungan di antara Amir dengan Datin Laila. Meskipun mereka mempunyai pertalian darah sebagai anak dan ibu, Datin Laila tidak pernah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu yang baik apatah lagi mengambil tahu tentang Amir.
Sebagai seorang anak, Amir masih memberi peluang buat ibunya untuk berubah ke arah kebaikan. Namun, peluang yang diberikan ternyata sia-sia. Untuk episod semalam, buat pertama kalinya Amir memanggil Datin Laila sebagai ‘Mama’. Menurut netizen, babak tersebut paling tersentuh kerana mereka dapat merasakan perasaan kecewa, sakit dan marah Amir terhadap ibunya itu.
Kau pasti akan kecewakan Alisa
Selain babak Amir panggil Datin Laila sebagai ‘Mama’, babak honeymoon di antara Amir dan isterinya Alisa turut mencuri perhatian penonton. Pada awalnya, penonton sangat gembira melihat Alisa meluahkan rasa sayangnya terhadap Amir. Bukan itu sahaja, Amir turut melakukan kejutan istimewa buat isteri tercinta semasa percutian tersebut. Namun, siapa sangka yang Amir akan pergi meninggalkan Alisa keesokan harinya. Menurut Amir, dia terpaksa pergi jauh dari situ dan meminta maaf sekiranya tidak dapat menjadi suami yang terbaik buat Alisa.
Di Twitter, segelintir netizen mendakwa Amir melakukan tindakan tersebut gara-gara teringat kata-kata Datin Laila terhadapnya. Menurut Datin Laila, darah yang mengalir di dalam badan Amir merupakan darahnya juga. Tidak mungkin suatu hari nanti Amir akan melukai hati Alisa seperti mana perbuatannya terhadap keluarga Alisa sebelum ini. Berikutan daripada kata-kata tersebut, Amir bertindak menjauhkan dirinya daripada Alisa.
Korang rasa Amir akan kembali ke Alisa untuk episod akhir malam ini? Apapun jangan lupa tonton drama ‘Kisah Cinta Kita’ malam ini, pukul 7 malam hanya di TV3!