berita

Pelakon Harus Bijak Memilih Untuk Sebarang Aksi ‘Ranjang’

April 4th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen-Shot-2013-03-26-at-12.24.33-PM-630x348

Berikutan daripada pelbagai kontroversi babak ‘ranjang’ yang timbul sejak kebelakangan ini, akhirnya pihak berwajib telah tampil untuk menjelaskan segala spekulasi yang timbul berhubung sebarang aksi panas yang dipamerkan menerusi filem-filem baru masa kini.

Menurut Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Raja Rozaime Raja Dalnish Shah, dirinya sendiri akui sejak kebelakangan ini banyak pihak produksi sudah semakin berani menonjolkan adegan yang tidak sepatutnya di dalam filem arahan mereka sehingga mencetuskan pandangan serong masyarakat terhadap kualiti bidang perfileman tempatan.

Memang saya akui, kebanyakan pelakon dan produksi semakin berani dengan menampilkan babak-babak yang tidak bersesuaian dengan budaya kita.

Namun, Finas hanya mampu menasihati dan menegur tindakan itu kerana ia menjadi tanggungjawab Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut, Raja Rozaime turut berharap agar para pelakon akan lebih bijak memilih setiap aksi lakonan yang bakal ditampilkan oleh mereka selepas ini.

Selain pihak produksi, pelakon juga harus bijak memilih untuk melakonkan sebarang aksi. Kita tidak boleh menuding jari menyalahkan sesiapa, jika artis itu sendiri sanggup melakukan aksi sedemikian. – komen Raja Rozaime menerusi laporan Sinar Harian Online.

SKIP THIS AD ×