Pada Julai lalu BABA’S telah edarkan sekitar 12,000 pek nasi kari ayam di Karnival Jom Heboh (KJH) Pulau Pinang, sekarang ini mereka ingin meneruskan tradisi yang sama di Kelantan pula!
Haa.. Ore Kelate sekalian, korang bakal menikmati pek nasi gulai kawah secara percuma nanti! Bukan itu je tau, korang juga berpeluang untuk membawa pulang sampel rempah BABA’S dan pelbagai lagi hadiah menarik.
Semuanya di booth BABA’S
Selain dapat menikmati pelbagai produk percuma, pengunjung juga berpeluang untuk mengikuti demo masakan.
Haa.. Kakak-kakak dan abang-abang yang nak belajar memasak, inilah masa yang paling sesuai untuk korang asah skill memasak korang dengan mengikuti demo daripada Chef professional.
Korang juga boleh rasai sendiri hasil masakan di booth BABA’S nanti tau. Wah wahh.. Dah lah dapat pek nasi gulai kawah percuma, dapat cuba hasil masakan Chef pulak lagi tu, syok ya!
Ada juga goodies bag istimewa yang mengandungi 8 jenis produk BABA’S berserta apron dan buku resipi yang boleh dibeli dengan harga serendah RM10 je!
Paling penting jangan lupa untuk dapatkan sampel rempah BABA’S percuma. Min gerenti bila korang dah cuba rempah-rempah daripada BABA’S korang confirm tak akan cari rempah lain dah sebab produk BABA’S dihasilkan dengan bahan-bahan berkualiti tinggi.
Malah, produk BABA’S juga sesuai untuk korang yang gemarkan hidangan vegetarian kerana ia tidak mengandungi apa-apa bahan berasaskan makanan laut.
Jom ramai-ramai ke RTC Tunjung, Kota Bharu
Jangan lupa tau, ajak sedara-mara dan kawan-kawan korang yang di Kelantan, Terengganu mahupun Pahang untuk ramai-ramai ke RTC Tunjung, Kota Bharu pada 7-9 septermber nanti.
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terkini BABA’S korang boleh ikuti laman Facebook mereka.