berita

Baby Bump Bikin Stim, Gambar Ibu Hamil Jadi ‘Modal’ Lelaki Bernafsu Aneh

January 24th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Sudah menjadi kelaziman untuk ibu mengandung bagi berkongsi perkembangan kehamilan mereka di media sosial. Apatah lagi bagi kandungan pertama, sudah tentunya ramai ibu-ibu yang teruja dengan pengalaman bermakna itu.

Namun, siapa sangka perkongsian bakal-bakal ibu itu disalahgunakan oleh lelaki gila seks demi kepuasan nafsu aneh mereka. Mereka terangsang secara seksual apabila  melihat ‘baby bump’ atau perut ibu mengandung yang membesar!

Lebih 100 page Facebook kongsi gambar ‘modal’

Isu itu dilaporkan Harian Metro semalam. Tindakan wanita mengandung memuatnaik gambar baby bump berkenaan rupa-rupanya secara tak sedar memberi ruang kepada lelaki untuk melempiaskan nafsu secara maya.

Maiesiophilia adalah satu kelainan seksual yang menjadikan segelintir lelaki yang menghidap simptom ini merasa ghairah apabila melihat wanita mengandung. Berdasarkan carian di laman Facebook, terdapat lebih 100 page kumpulan yang mengumpul dan menyebarkan gambar wanita berpakaian seksi termasuk ibu hamil untuk dijadikan ‘modal’ lelaki hidung belang.

Tidak sekadar itu, terdapat juga kumpulan Whatsapp dan Telegram dibuat untuk memudahkan ‘ahli-ahli’ memuatnaik dan berkongsi gambar-gambar sebegitu dengan ahli-ahli yang lain.

Gambar dimuatnaik di page Facebook tanpa keizinan

Seorang mangsa yang dikenali sebagai Hani berkata, gambarnya pernah disebarkan tanpa keizinannya di page Facebook sedemikian. Pelbagai komen lucah diterimanya sehingga membuatkan dirinya trauma sehingga kini.

Gambar itu dirakam ketika saya mengandung anak sulung dan begitu teruja untuk memuat naik di Facebook tanpa berasa apa-apa kemungkinan kerana saya menutup aurat dan tidak memakai pakaian yang terdedah.

Seminggu selepas itu saya diberitahu oleh rakan bahawa gambar saya tersebar dan apabila membaca komen yang diberikan saya terasa seperti ‘diperkosa’ beramai-ramai.

Hani kemudiannya menghantar mesej kepada pemilik akaun berkenaan meminta gambarnya segera dipadamkan namun tidak diendahkan. Tambah keliru, pemilik akaun berkenaan menyalahkan Hani yang memuatnaik gambar itu.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×