berita

Bacaan Kolestrol Tinggi Pada Usia Muda- Penyakit Tak Berjangkit Musuh Senyap Malaysia!

September 30th, 2020 | by Epul
Kesihatan & Hidup Aktif

Rasa diri korang sihat kerana masih muda? Korang silap jika rasa diri korang bebas daripada serangan penyakit. Kalau korang nak tau, penyakit tidak berjangkit atau lebih dikenali sebagai NCD berada pada tahap membimbangkan di Malaysia.

Adakah korang berisiko mendapat penyakit tidak berjangkit? Jangan biarkan andaian usia mengaburi kesihatan korang!

Apakah penyumbang kepada penyakit tidak berjangkit?

1. Salah faham tentang kolesterol

Aku kurus, tak mungkin la kolesterol aku tinggi.

Salah! Korang tau tak, individu yang kurus pun berisiko mendapat bacaan kolesterol yang tinggi? Pakar mengatakan paras kolesterol tidak boleh diukur hanya dengan melihat tubuh secara fizikal ia boleh terjadi kepada sesiapa saja tanpa mengenal bentuk tubuh.

2. Pemakanan yang tidak seimbang

Tabiat pemakanan yang kurang sihat dan pilihan makanan yang tinggi kandungan garam, gula dan minyak menjadikan amalan pemakanan seimbang semakin mencabar, terutamanya di sebalik gaya hidup yang sibuk.

3. Gaya hidup sedentari & tidak aktif

Gaya hidup sedentari dan kurang aktif merupakan antara penyumbang kepada penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti penyakit kardiovaskular, kanser, tekanan darah tinggi dan diabetes.

Korang tau tak, untuk menjaga kesihatan, pakar menyarankan aktiviti fizikal selama 30 minit sehari, sekurang-kurangnya 5 hari seminggu. Contoh aktiviti fizikal adalah seperti berjalan pantas (brisk walking), berbasikal, aerobik atau berenang.

4. Ambil mudah saringan kesihatan secara berkala

Korang kerap berjumpa doktor atau hanya melakukan pemeriksaan kesihatan bila rasa tak sihat? Menurut Presiden Yayasan Jantung Malaysia (YJM), Datuk Dr HS Sambhi, berkata sikap ambil mudah pentingnya rutin pemeriksaan kesihatan dua kali setahun, menyebabkan ramai tidak mengetahui status kesihatan mereka.

Ubah gaya hidup & pemikiran korang tentang kesihatan!

Dah tau penyumbang kepada penyakit berjangkit, apa kata ubah gaya hidup sekarang! Korang tidak sedar, mungkin korang mangsa penyakit tidak berjangkit yang seterusnya.

Bayangkan wang titik peluh bekerja perlu digunakan untuk menampung kos rawatan korang. Tak berbaloi kan?

Korang tau tak, kolesterol tinggi antara punca utama penyakit kardiovaskular yang merupakan antara beban utama masalah kesihatan dalam negara-negara maju dan membangun

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi pada tahun 2019 menunjukkan 4 daripada 10 dewasa di Malaysia mempunyai kolesterol tinggi dan statistik Jabatan Perangkaan pula menunjukkan kadar peningkatan kematian melibatkan penyakit jantung melibatkan 50 kematian setiap hari. Lebih menakutkan, kolesterol tinggi biasanya tidak mempunyai simptom-simptom tetapi ia meningkatkan risiko korang mengalami serangan jantung dan strok!

Macam mana nak kekal sihat?

Sebenarnya senang je nak sihat ni, pastikan diet korang betul untuk paras kolesterol yang sihat. Amalkan diet yang seimbang dan sederhana dengan memperbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran-sayuran. Buah dan sayur kaya dengan serat makanan, vitamin, mineral dan diet yang tinggi dengan serat makanan juga boleh membantu merendahkan risiko penyakit tak berjangkit.

Di samping itu, elakkan pengambilan garam, gula, lemak dan minyak secara berlebihan. PALING PENTING jangan lupa untuk bersenam sekurang-kurang 30 minit setiap hari dan korang boleh juga padankan diet seimbang dengan gaya hidup aktif bersama Nestle Omega Plus yang mengandungi ActiCol (1.2g sterol tumbuhan) untuk membantu menjaga paras kolesterol. Dengan format yang berlainan, korang boleh pilih yang mana paling sesuai untuk rutin harian korang.

Susu Tepung NESTLÉ OMEGA PLUS® 

Susu NESTLÉ OMEGA PLUS® mengandungi ActiCol®, 1.2g sterol tumbuhan yang terbukti berkesan merendahkan kolesterol dengan menghalang penyerapan kolesterol dalam badan. Dua gelas susu NESTLÉ OMEGA PLUS® sehari membantu memenuhi 96% keperluan kalsium harian dan juga mengandungi asid lemak Omega 3 & 6.

NESTLÉ OMEGA PLUS® Susu Dengan Oat

Mengandungi kebaikan 2 ramuan- ActiCol®, sterol tumbuhan yang menghalang penyerapan kolesterol serta Beta-glukan dari oat yang mengikat kolesterol dan menyingkirkannya dari badan.

Susu UHT NESTLÉ OMEGA PLUS®

Bagi korang yang sibuk pula, korang boleh dapatkan susu NESTLÉ OMEGA PLUS dalam bentuk pek kotak UHT. Ia mudah untuk dibawa ke mana saja dan mengandungi kebaikan ActiCol®, 1.2g sterol tumbuhan yang terbukti berkesan merendahkan kolesterol. 

Susu UHT NESTLÉ OMEGA PLUS® (Perisa coklat gelap)

Kalau korang tak suka rasa susu biasa tidak mengapa, sebabnya susu UHT NESTLÉ OMEGA PLUS ni juga ada perisa coklat gelap (dark choc) tau. Bukan saja rasa yang enak, tapi dengan kebaikan ActiCol® juga.

Langkah ke Arah Jantung yang Sihat dengan acara Walk A Million Miles

Sempena Bulan Jantung Sedunia, jom mengorak langkah bersama NESTLÉ OMEGA PLUS® melalui acara Walk A Million Miles, maklumat lanjut mengenai acara ni korang boleh ikuti di Facebook Nestlé Omega Plus.

RM100,000 akan disumbang untuk membantu pesakit jantung apabila sejuta batu langkah dicapai. Mulakan langkah ke arah gaya hidup yang lebih sihat dengan #WalkAMillionMiles.

Melangkah Ke Arah Jantung Sihat bersama Nestlé Omega Plus. Kalau nak tau lebih lanjut tentang #WalkAMillionMiles dan produk Nestlé Omega Plus korang boleh terus klik di SINI.


1. https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2019/09/602979/ramai-tak-sedar-kolesterol-dalam-darah-tinggi
2.https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/520356/penyakit-jantung-ragut-50-nyawa-setiap-3.harihttp://iku.moh.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/NHMS2019/Infographic_Booklet_NHMS_2019-English.pdf
The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×