Pelakon meningkat naik, Hariz Hamdan mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual ketika berada di set penggambaran sebuah drama.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Jejak Kaki Ke Kelab Malam’ – Hariz Hamdan Nafi Cium Pelakon Wanita
Artikel Berkaitan: Hariz Hamdan Teruja Jumpa Pon Nawasch Pada Pelancaran ASICS Autumn Winter 2023
Mangsa gangguan seksual
Ketika ditemui OhBulan!, Hariz atau nama lengkapnya Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 21, berkata ganguan seksual itu dalam bentuk percakapan secara lisan dan sentuhan.
Malah, mengejutkan lagi, gangguan itu tidak hanya datang daripada kaum hawa, tetapi juga daripada kaum adam.
Saya pernah kena gangguan seksual di set penggambaran. Tapi saya jenis yang mudah orangnya, mind set saya nak bekerja dan berlakon sahaja, tidak mahu masuk campur urusan peribadi dengan kerja.
Namun bila jadi gangguan sebegini, saya sedaya upaya untuk elak dan tak bawa perkara itu ke depan.
Gangguan yang saya kena selalunya secara verbal words. Ada juga yang sentuh saya, tapi kebanyakkan adalah secara lisan.
Apa saya buat, anggap itu sebagai lawak sahaja, supaya kedua-dua pihak tiada isu. Bila saya anggap itu jenaka, orang itu tidak akan terasa hati. Saya pun tak akan bertindak agresif.
Contohnya mereka akan kata “badan awak sedaplah, boleh tak awak nak tut tut” dan sebagainya. Gangguan itu datang daripada lelaki dan perempuan.
Hariz berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada acara larian Meta Time Trial Asics Malaysia yang diadakan di IOI Mall, Putrajaya pada Ahad.
Dalam pada itu, Hariz berkata selepas kejadian tersebut dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan cara menjauhkan diri daripada kelompok terbabit.
Bila sudah tidak selesa saya jenis yang akan elak untuk berjumpa dengan orang itu lagi. Tidak lagi bergaul dengan mereka, sebab saya tahu apa yang dia mahu.
Sementara itu, ketika disoal mengapa dia tidak pernah berkongsi hal itu kepada umum, pelakon drama Andai Itu Takdirnya berkata, dia tidak mahu memanjangkan isu tersebut dan ingin menyelesaikan secara baik.
Saya tidak suka sebarkan aib orang, apa jua terjadi sama ada saya tidak suka orang itu, saya akan simpan sendiri. Kerana kalau saya post di media sosial kes itu akan berlarutan. Akan beri kesan pada orang lain.
Kalau saya tak post, hanya antara saya dan dia yang tahu, boleh selesaikan begitu sahaja. Saya juga akan berusaha menjaga nama saya sebaik mungkin daripada sebarang gosip.
Dalam perkembangan lain, Hariz kini merupakan duta jenama Asics di Malaysia. Menurut aktor itu, dia berasa bangga apabila diberi peluang menjadi ‘ambasador’ jenama tersebut.
Asic merupakan jenama sukan, jadi saya perlu memastikan tubuh badan saya fit dan sihat. Ini adalah satu peluang untuk saya juga kerana saya masih baru dalam industri tetapi sudah diberi peluang untuk menjadi duta jenama Asics. Jenama ini juga banyak membantu dalam aktiviti sukan saya.