Setiap wanita hamil akan cenderung untuk mengalami apa saja alahan. Alahan semasa mengandung juga terbahagi kepada beberapa jenis termasuk alahan makanan, deria bau dan emosi tidak stabil. Alahan ini berlaku disebabkan perubahan hormon dalam badan wanita.
Perkongsian dari Dr Izzat mengenai alahan dan penyakit Obstetric Cholestasis jarang berlaku dalam kalangan ibu hamil. Tapi, bagi anda yang mempunyai sejarah keturunan mengenai penyakit ini, anda juga berisiko!
Gatal satu badan sampai tak boleh tidur
Macam-macam saya ikthiar, sapu macam macam ubat, takde plak hilangnya. Da teruk kulit saya ni mcm kena cakar harimau sebab dok menggaru. Gatal ya amat. Merenyam. Mengandung sebelum ni ada gak gatal, tapi ni yang paling teruk lah”
— Dr. Izzat (@muhammadeizat) January 30, 2019
Beberapa keadaan spesifik ketika mengandung
Ada yang bahaya, ada yang memang sedia ada pada ibu sebelum dia mengandung lagi seperti psoariasis atau eczema, ada yang hanya menjelma bila kandungan dah mencecah trimester 3
— Dr. Izzat (@muhammadeizat) January 30, 2019
Ada kaitan dengan genetik
Didapati tinggi sikit risiko untuk dpt obstetric cholestasis ini dikalangan indian-asian dan pakistani asian
Biasanya pesakit akan mengadu gatal satu badan, lebih lebih lagi pada tapak tangan dan tapak kaki.
— Dr. Izzat (@muhammadeizat) January 30, 2019
Tak ada merah-merah tapi gatal
Keadaan obstetric cholestasis ini sendirinya takda menunjukkan kemerahan pada kulit, hanya gatal sahaja, biasanya akan jadi lebih teruk pada malam
— Dr. Izzat (@muhammadeizat) January 30, 2019
Risiko kepada kandungan dan bayi
Ujian darah dilakukan untuk melihat fungsi hati ( liver function test). Jika diagnosis sudah dibuat, LFT akan dipantai setiap minggu sehingga bersalin.
— Dr. Izzat (@muhammadeizat) January 30, 2019
Dapatkan calamine dari doktor
Ada sesetengah kes yang diberikan Ursodeoxycholic jika gatal terlampau teruk dan dapat memberikan kesan yg baik pada bayi.
— Dr. Izzat (@muhammadeizat) January 30, 2019
Berkaitan dengan penyakit autoimmune
Sangat rare, berkaitan dengan penyakit autoimmune. Mereka dengan keadaan ini perlu dipantau disebabkan ada peluang untuk baby jadi kecik IUGR. Kemerahan kulit yg dinampak adalah kecil-kecil boleh bercantum menjadi besar sehingga ada blister – gelembung pada kulit.
— Dr. Izzat (@muhammadeizat) January 30, 2019
Tak bahaya tapi biasa berlaku
Nampak bintik-bintik merah pada muka, leher, dada dan pada bahagian lengan ( extensor surface )
Tiada apa yg perlu dirisaukan, cream steroid untuk melegakan gatal akan dibekalkan
— Dr. Izzat (@muhammadeizat) January 30, 2019
Biasa ini melanda ibu yang mengandungkan anak sulung
Merah merah juga, tapi uniknya merah tu tak cover atau meliputi pusat. So kat tengah-tengah tu macam kosong. Biasa melanda ibu mengandung sulong, kehamilan kembar. Sama juga, cream steroid akan diberikan untuk mengurangkan gatal.
— Dr. Izzat (@muhammadeizat) January 30, 2019
Tak semua ibu hamil mengalami alahan semasa mengandung. Alahan semasa mengandung ini disebabkan oleh perubahan dan peningkatan hormon dalam badan ibu semasa peringkat awal mengandung.
Kebiasaannya, ibu hamil mengalami alahan bermula dari minggu ke 6 dan beransur-ansur berkurang pada minggu ke-14 sehingga minggu ke-16. Selepas tempoh tersebut, alahan tersebut akan hilang.
Sumber: Dr Izzat