berita

Badan Kurus Walau Makan Banyak, Ini Tips Tambah Berat Badan Secara Sihat & Berkesan

November 20th, 2020 | by AnisAffandi
Kesihatan & Hidup Aktif

Foto: Healthline

Memiliki berat badan yang ideal dan sihat merupakan impian setiap orang. Berat badan ideal yang dimaksudkan adalah tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk. Bukan individu yang berat berlebihan sahaja bimbang akan kesihatan tubuh badan, tetapi sebenarnya individu kurus juga berisiko kepada masalah kesihatan.

Terdapat pelbagai faktor berat badan rendah, antaranya adalah genetik, metabolisme yang tinggi, gangguan pemakanan atau masalah psikologi. Tetapi jangan risau, ikuti tips-tips ini untuk naikkan berat badan anda secara sihat.

Makan dengan kerap

Foto: Healthline

Selalunya mereka yang mempunyai berat badan yang terlalu rendah, akan cepat berasa kenyang selepas mengambil satu hidangan. Untuk menaikkan berat badan, anda dinasihatkan supaya makan dengan kerap, iaitu makan sebanyak 5 ke 6 kali sehari dalam kuantiti hidangan yang kecil.

Jika anda selalu mengamalkan hidangan 2 ke 3 kali sehari dalam kuantiti hidangan yang besar, dinasihatkan untuk cuba cara ini kerana ia pasti berkesan.

Kerap makan snek

Foto: Healthline

Selain mengambil hidangan yang kecil untuk 5 ke 6 kali sehari, anda juga dinasihatkan supaya kerap makan snek untuk menaikkan berat badan. Snek yang dimaksudkan bukanlah jajan atau keropok yang berminyak dan tidak sihat, tetapi snek yang sihat seperti kacang atau roti disapu peanut butter.

Anda juga boleh mengamalkan biskut oat sebagai snek anda kerana ia mengandungi khasiat yang banyak manfaat untuk menaikkan berat badan anda.

Pilih makanan kaya nutrisi

Foto: Healthline

Untuk memiliki tubuh badan yang ideal, pemakanan yang sihat memainkan peranan yang sangat penting.  Mengambil kira faktor kandungan nutrisi makanan merupakan langkah yang bijak bagi meningkatkan berat badan. Antara makanan yang tinggi nutrisinya adalah roti, pasta dari bijirin penuh, dada ayam, telur dan pelbagai jenis kacang.

Sayur-sayuran dan buah-buahan sudah pasti menjadi makanan yang terbaik untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan ideal. Jadi, dinasihatkan supaya jangan tinggalkan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mendapatkan vitamin dan serat yang secukupnya.

Lakukan senaman atau aktiviti fizikal

Foto: Healthline

Bersenam sering dikaitkan dengan penurunan berat badan, tetapi ia juga dapat menambahkan berat badan jika dilakukan dengan betul. Ini disebabkan oleh penumbuhan otot yang terjadi selepas sesuatu senaman atau aktiviti fizikal seperti mengangkat berat dan tekan tubi. Ia mampu meningkatkan berat otot sekaligus meningkatkan berat badan anda.

Makan makanan yang banyak protein

Foto: Healthline

Protein merupakan sumber utama yang akan membantu anda untuk menaikkan berat badan. Otot manusia diperbuat daripada protein dan tanpa protein, kalori yang diambil akan bertukar jadi lemak.

Walaupun sumber protein yang banyak akan membina lebih banyak otot, ia akan membuatkan anda lebih cepat kenyang dan kurangkan selera makan anda. 

Pengambilan protein haruslah bersesuaian. Makanan yang kaya dengan protein adalah daging, telur, ikan, produk tenusu dan kacang.

Tips-tips ini mungkin akan mengambil masa untuk menampakkan hasil, tetapi jangan risau, jika anda konsisten pasti anda akan berjaya. 

Sumber: Healthline, The Diagnosa.

SKIP THIS AD ×