Anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona menyelar tindakan segelintir warganet yang mengecam tentang berat badannya.
Artikel Berkaitan: Azhar Sulaiman Nasihat Leona Untuk Kurus, Netizen Suruh Fokus Bab Agama – ‘Kejarlah Ilmu Allah Dari Kejar Dunia’
Artikel Berkaitan: Leona Dikecam Pakai Kostum ‘Bunny’ Nampak Lurah, Azhar Sulaiman ‘Back Up’ – ‘At Least Dia Dah Sampai Sana & Lihat Sendiri Pembulian Abdi Israel’
Leona bidas komen netizen
Menerusi beberapa ciapan di platform X, Leona mempertahankan dirinya dengan menyatakan bahawa dia tiada ada sebarang masalah dengan berat badan malah gembira dengan penampilannya sekarang.
Kalau saya gemuk pun, jadi ianya beri kesan terhadap awak ke? Saya nak tahu.
Saya minta maaf kalau awak tak berpuas hati dengan penampilan diri awak tetapi awak tidak perlu ada rasa ‘insecure’ terhadap saya. Saya gembira dengan penampilan saya dan itu sahaja yang penting.
Kenyataan yang mengatakan badan saya kelihatan seperti mak kepada 5 orang anak..mak awak nampak macam saya ke?
Dalam pada itu, Leona juga menyoal tindakan segelintir warganet yang gemar meninggalkan komen-komen aneh terhadapnya.
Apa sebenarnya niat awak bila awak tinggalkan komen pelik pada hantaran saya? Kewajipan agama? Rasa perlu untuk mengatakan sesuatu? Kepuasan?
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet menasihati Leona supaya mengabaikan komen-komen berunsur ‘body shaming’ tersebut.
Bagaimanapun, ada di antara mereka tampil menjelaskan tentang isu sebenar yang menjadi bualan hangat warganet iaitu cara pemakaian Leona dan bukanlah berat badannya.
Justeru itu, mereka berpesan agar Leona lebih menitikberatkan cara pemakaiannya yang didakwa mencolok mata.
Sebenarnya gemuk ke berisi ke tu bukan isu sangat cuma terlampau mencolok mata sangat sebab tu dia orang pertikai.
Ia bukan sebab gemuk tau sayang, ini pasal agama dan martabat awak. Awak bawa nama Islam ke negara orang, jadi faham-fahamlah.
Gemuk tak salah, yang salah tayang tu. Kalau boleh tutup sikit sebab adik dah comel, lagi comel kalau bertutup.
Sumber: X Leona