berita

Jalil Hamid Susut 30 Kg, Hilang Selera Makan Kerana Masalah Jantung

December 1st, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Jalil Hamid Susut 30KG

Pelakon, penyanyi serta pelawak veteran, Jalil Hamid meluahkan rasa syukur apabila keadaan kesihatannya yang merosot akibat masalah jantung sebelum ini beransur pulih meskipun tidaklah sekuat seperti dulu.

Artikel Berkaitan: ‘Lagu Sedih, Drama Meruntun Jiwa’ – Lagu Coretan Pilu OST Ayahanda Bikin Penonton Berlinang Air Mata

Badan susut 30kg

Jalil Hamid Susut 30KG

Memetik laporan Harian Metro, Jalil atau nama sebenarnya, Abdul Jalil Abdul Hamid mendedahkan bahawa dirinya kehilangan berat badan sebanyak 30 kilogram (kg) selepas berdepan dengan masalah kesihatan tersebut.

Bahkan, selera makannya juga dilaporkan semakin menghilang sejak setahun yang lalu.

Alhamdulillah keadaan kesihatan saya menunjukkan perkembangan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Sebelum ini saya langsung tak boleh makan. Bila makan saja, mesti muntah. Saya hanya boleh makan sesuatu yang cair dan halus seperti bubur. Itu yang badan saya susut mendadak daripada 98kg kepada 69kg.

Sekarang ini saya masih berjumpa doktor di hospital kerana mereka syak saya ada masalah jantung kerana selepas menjalani pembedahan tahun lalu, jantung saya bengkak.

Ada waktu saya disuruh duduk di wad tapi saya tolak. Lagipun saya rasa masih boleh lawan lagi. Tapi sekarang saya tak boleh nak memandu, memandu lebih dari lima minit, saya jadi ‘blank’.

Pelantun lagu ‘Ayam’ itu turut mengakui bahawa masalah kesihatan yang dihadapinya menyebabkan dirinya kurang mendapat tawaran berlakon sekaligus berdepan dengan masalah kesempitan hidup.

Dalam tempoh tiga tahun ini saya tidak berlakon, agaknya saya ‘direhatkan’. Terus terang saya hilang punca pendapatan.”

Saya hidup dengan apa yang orang berikan. Saya guna untuk membayar segala komitmen yang ada.

Saya sedar orang tak tawarkan saya berlakon sebab saya tidak sihat. Produksi pun mungkin risau untuk ambil saya berlakon manalah tahu ketika penggambaran, saya ‘lenyap’ pula nanti produksi yang rugi.

Namun begitu, apa yang boleh saya katakan hidup saya ini dalam dunia lakonan saja. Saya tak boleh buat kerja lain. Ia seperti orang beri makan nasi. Itu bidang saya, saya tidak boleh tinggalkan dunia lakonan.

Sekadar info, Jalil Hamid sebelum ini disahkan mengalami masalah jantung selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang pada Mac lalu.

Sama-samalah kita mendoakan agar Jalil Hamid diberikan kesembuhan dan dapat meneruskan kehidupannya seperti sedia kala.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×