
Pelakon, Scha Elinnea mendedahkan mengalami cedera ringan seperti luka kecil dan kesan lebam ketika melakukan babak aksi dalam drama Anak-Anak Mafia.
Artikel Berkaitan: Scha Elinnea Akur Kisah Peribadi Jadi Tumpuan
Artikel Berkaitan: Scha Elinnea ‘Korban’ Masa Dengan Keluarga Demi Kerjaya, Tak Menyesal Jadi Anak Seni
Lebam

Scha atau nama sebenar Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 26, berkata, luka dan lebam tersebut banyak di bahagian tangan dan kaki.
Cedera itu banyak di bahagian tangan, dalam drama ini saya berlawan banyak gunakan kaki dan tangan.
Saya berlawan dalam keadaan menggunakan boots, banyak terjatuh dan tersungkur ketika lakukan babak aksi.
Cedera saya tidak teruk pun, hanya luka kecil dan lebam-lebam sahaja. Selalu buat cerita romantik, mana dapat lebam-lebam.
Dalam pada itu, Scha mengakui rakan pelakon seperti Mierul Aiman, Fitri Farok, Fariz Isqandar dan Zhen Ning banyak membantunya ketika melakukan babak berlawan.
Saya berterima kasih kepada rakan pelakon lelaki yang lain banyak membantu saya ketika aksi berlawan. Saya satu-satunya perempuan dalam drama ini, jadi memang mereka lah yang perlu bantu saya.
Tambah Scha, meskipun ini pertama kali muncul dengan genre aksi, namun dia tidak berasa serik dan terbuka menerima sebarang tawaran dengan genre sama pada masa akan datang.
Ini pertama kali saya berlakon genre aksi dan saya tidak serik jika selepas ini diberikan tawaran lagi.
Saya ambil perkara itu sebagai satu cabaran dan pengalaman kerana seorang pelakon perlu cuba melakukan pelbagai watak.
Anak-Anak Mafia mula ditayangkan di aplikasi penstriman Tonton pada 12 Jun.








