berita

‘Bagai Cendawan Tumbuh Selepas Hujan’- Harga Di Food Truck Cekik Darah, Kuantiti Makanan Tak Berbaloi?

February 10th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Kewujudan perniagaan industri kecil seperti food truck semakin banyak kelihatan di mana-mana acara. Peniaga juga menyediakan pelbagai jenis juadah untuk dijual bagi memenuhi permintaan pelanggan. Diperkatakan lebih kurang 1,000 lesen perniagaan bagi food truck yang bakal dikeluarkan pada akhir tahun ini.

Namun, ramai di antara pelanggan yang kurang berpuas hati dengan kuantiti makanan dan harga yang dikenakan. Netizen berpendapat bahawa makanan yang dijual di food truck lebih mahal berbanding harga makanan di restoran.

Food truck cekik darah

Netizen mula melatah apabila dimaklumkan kecambahan food truck pada tahun ini semakin meningkat. Malah, mereka turut mempertikaikan harga yang ditawarkan melambung tinggi dan tidak sepadan dengan kuantiti makanan yang dijual.

Berbaloi, mahal tapi sedap

Netizen mendakwa harga yang ditawarkan food truck lebih mahal berbanding harga di restoran. Tetapi berbaloi sekiranya makanan yang dijual sedap. Layanan yang tiptop juga membuatkan pelanggan rasa lebih dihargai.

Food truck tengah struggling

Namun ada juga yang berpendapat netizen perlu mengambil kira kos modal perbelanjaan food truck ini. Walaupun peniaga ini tidak dikenakan charge sewa tapak tetapi mereka perlu membayar pinjaman harga lori yang dibeli. Selain itu, mereka perlu membayar upah pembantu dan tukang masak yang agak tinggi. Ditambah pula dengan persaingan yang semakin sengit kini.

Credit: Twitter myjoe_

SKIP THIS AD ×