Malaysia kaya dengan keindahan alam semula jadi yang rata-ratanya masih belum diterokai ramai. Sudah tentunya buat anda yang mencintai alam sekitar, menghirup udara segar dan menyaksikan panorama hijau pasti akan jatuh cinta.
Seperti perkongsian pengguna Facebook Aizaharwani MJ menerokai Bumi Kenyalang, Sarawak yang masih tersembunyi. Bengoh Range yang terletak di Padawan Sarawak diliputi gunang-ganang, tasik, air terjun, serta pemandangan menakjubkan umpama anda berada ‘Jurassic World’.
Pemandangan semulajadi yang indah
Berdasarkan perkongsian daripada gadis ini, Bengoh Range yang terletak di Padawan Sarawak mengambil masa 4 jam untuk hiking dari Kampung Sting. Disitu juga, anda boleh menikmati pemandangan 4 air terjun yang diberi nama Curtain, Koring, Pe’an dan Susung.
Setiba di atas, anda berpeluang melihat panorama 180 darjah Bengoh Dam dan Bengoh Range. Untuk menikmati pemandangan yang indah ini, anda perlu menyewa sebuah bot yang berharga RM40 setiap pengunjung. Harga ini termasuk perkhidmatan lawatan oleh pekerja tempatan.
Macam di dunia Jurassic Park
Sumber: Aizaharwani MJ